Butik Lanafira.com Pilihan Pakaian Wanita Menarik

Friday, October 06, 2017

Dah lama tak tambah stok almari baju.  Sekarang ni malas dah nak ke kedai kalau nak beli baju.  Kalau boleh nak pilih-pilih di kedai online sahaja sebab boleh pilih dan banding-bandingkan pelbagai kedai online yang ada.  Kita pun boleh ambil masa lebih  sikit untuk memilih.  Baru-baru ni, diperkenalkan dengan butik menarik Lanafira.com.  Kenapa akak kata menarik ? Selain daripada tertarik dengan sebutan jenamanya LANAFIRA, bila korang buka sahaja website dia dah nampak `A STYLE FOR EVERY STORY'. Pasti ada pelbagai koleksi.



lanafira.com, lanafira, pakaian muslimah, butik online, istimewa untuk wanita


Bergaya Elegan Dengan Koleksi Butik Lanafira.com 

Ada pelbagai koleksi di Lanafira.com ini. Sesuai dengan tagnya TRENDY, AFFORDABLE, QUALITY, akak tengok banyak koleksinya yang sesuai untuk digayakan samada ke majlis-majlis atau ke pejabat. Pasti kelihatan elegan dengan koleksi butik Lanafira.com

Akak tertarik dengan koleksi melissa long dress dari butik ini.  Nampak ringkas dan mudah digayakan terutama bagi wanita bertudung. Warna polos mudah dipadankan dengan tudung bercorak sesuai dengan warna.  Zip di hujung lengan memudahkan si pemakai berwuduk.

lanafira.com, lanafira, pakaian muslimah, butik online, istimewa untuk wanita


lanafira.com, lanafira, pakaian muslimah, butik online, istimewa untuk wanita


Selain daripada long dress, akak suka juga dengan koleksi  kebaya peplum Lanafira ini.  Nampak comel je dipakai terutama oleh si gadis.  Terbayang si anak dara akak yang dua orang tu menggayakan kebaya peplum Lanafira ini. Di Lanafira.com juga ada berkongsi tips untuk mereka yang memilih untuk menggayakan kebaya peplum supaya dapat tampil menarik. 


lanafira.com, lanafira, pakaian muslimah, butik online, istimewa untuk wanita


Tips Memilih Kebaya Peplum


Tips 1: Untuk yang berbadan langsing menawan

Kesemua tiga jenis potongan dan warna boleh dipakai tanpa sebarang masalah sekiranya anda termasuk di dalam golongan ini. Lebih banyak kembang-kembang dan warna-warna terang amat digalakkan bagi menimbulkan ilusi yang lebih cantik dan potongan badan yang sempurna. Namun begitu, anda harus mengelak daripada mengenakan warna-warna gelap kerana ia hanya membuatkan anda nampak lebih kurus berbanding biasa.

Tips 2: Untuk yang berbadan gempal

Anda dinasihatkan tidak memakai potongan yang terlalu pendek sampai atas pinggang. Potongan yang sesuai untuk anda adalah dibawah punggung tetapi tidak labuh hingga ke lutut bagi menutupi badan gempal serta memberikan ilusi ramping. Potongan ini jugak dapat menutupi pinggul yang besar atau perut yang buncit.

Pastikan juga tidak terlalu banyak alunan kembang-kembang supaya tidak kelihatan lebih tembam. Anda juga harus mengelakkan daripada menggunakan warna block dengan banyak.

Contohnya merah terang, oren terang dan seangkatan dengannya. Pastikan anda juga tidak memilih peplum yang sarat dengan corak bunga, apatah lagi bunga yang besar atau peplum bercorak melintang kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih besar.


Tips 3: Untuk yang berbadan sederhana

Anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan tetapi anda juga harus mengelakkan alunan kembang-kembang yang terlalu banyak kerana dikhuatiri saiz anda akan kelihatan lebih besar. Untuk kelihatan lebih bergaya, anda boleh mengenakan tali pinggang yang simple dan bersaiz sederhana.

Baju kurung peplum juga menawan jika dipadankan dengan seluar palazo, skirt atau kain labuh seperti potongan duyung atau potongan lurus. Selain itu, ramai golongan muda yang menggayakan peplum bersama seluar jeans agar tampak lebih moden dan sesuai digayakan ketika bersantai atau melakukan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan.

Inilah beberapa tips pemilihan baju kurung peplum yang sesuai untuk anda gayakan. Lepas ni tiada alasan lagi untuk tidak mencuba busana jenis ini. Jom lihat koleksi terkini baju kurung peplum keluaran LANAFIRA. Sekian dari kami dan semoga anda terus stylish.


lanafira.com, lanafira, pakaian muslimah, butik online, istimewa untuk wanita



Kenapa Perlu Berbelanja di Lanafira.com

1. Oakaian yang trendy.
2. Harga yang dikenakan adalah berpatutan.
3. Dihasilkan daripada kain yang berkualiti dan esklusif.
4. Produk yang mesra dengan keperluan seorang muslimah.


Info Lanjut:

Bagi korang yang berminat, boleh dapatkan info lanjut butik Lanafira.com di sini :


Website : www.lanafira.com
Ig : @lanafiraofficial



You Might Also Like

5 comments

  1. Assalamualaikum wrmbth. Salam Jumaat sis Azi

    memang lawa baju ni

    ReplyDelete
  2. Lawa2 nya baju kat butik ni. Harga pun berpatutan...

    ReplyDelete
  3. salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/masuk-sem-2.html

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook