Korban Jeriji Besi

Friday, September 15, 2017

Semalam kita semua telah dikejutkan dengan berita kehilangan 23 orang pelajar tahfiz dan warden sekolah tahfiz di Keramat.  Sedih, sayu dan macam-macam perasaan yang sukar digambarkan.  Takziah pada keluarga yang terlibat dan moga menjadi ikhtibar pada yang lain.  

Dari semalam juga cuaca redup mendung hujan tanpa henti sehingga hari ini.  Menangisi pemergian mereka juga agaknya.  Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, terdengar alunan lagu Salam Terakhir nyanyian Sudirman.

Pemergian mereka semalam adalah pemergian tanpa dirancang, moga mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.

jeriji maut, salam terakhir, kehilangan orang yang tersayang, sedih
kredit gambar google


Lirik Salam Terakhir - Sudirman

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir


You Might Also Like

9 comments

  1. alfatihah ..smlm tgk buletin utama..nangis juga..awl pg smlm ms on the way p opis ada lalu sekitar lrt dato keramat..lps tu ada dgr ambulans..ms tu xtau lg psl kejadian ni...pastu tgk kwn2 update kt fb

    ReplyDelete
  2. Premis di malaysia ni patut ada tangga kebakaran. Kalau dah jadi macam ni

    Nak cakap apa lagi?

    ReplyDelete
  3. innalillahiwainnailaihiraajiun...semoga ditempatkan bersama orang -orang yang beriman

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah buat semua. InsyaAllah kematian mereka kematian yang syahid. Semoga ahli keluarga mangsa terus tabah dan redha.

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah. Sedih sungguh. lirik salam terakhir pun sedih sangat.

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah buat semua... semoga ditempatkan bersama dengan orang2 beriman

    ReplyDelete
  7. sedih masih terasa ...
    bukan satu atau dua, tapi 23 orang yang pergi serentak ...
    semoga mereka mendapat syurga firdaus ...
    #afbdotmy, mrs pip dtg melawat.

    ReplyDelete
  8. Semoga roh arwah anak anak syurga ni Allah pelihara

    ReplyDelete
  9. alfatihah kpd mereka yg telah pergi..kesian masih budak2..byk lagi yg blum dilalui..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook