Resepi Ringkas Nasi Daging Utara

Wednesday, May 31, 2017

Sekejap saja dah masuk hari ke 5 umat Islam berpuasa.  Setakat ini masih mampu menjauhkan diri dari pergi ke pasar ramadhan, masih lagi menyediakan sendiri juadah berbuka.  Dah sama-sama setuju dengan en hubby untuk sama-sama sediakan juadah berbuka sendiri selama mana yang boleh. 

Bila dah hari-hari memasak, hilang jugak idea nak buat apa.  Petang semalam en hubby kata jom kita buat nasi daging.  Tengok-tengok barang boleh dikatakan hampir semua ada.  Mana yang takde satu dua tu buat pejam mata je lah.


nasi daging utara, air asam nasi daging, menu ringkas, resepi sedap, resepi nasi


Nasi Daging Utara

Nasi daging utara versi kami. Tak susah nak buat. Akak share serba sedikit resepinya. Korang adjustlah ikut banyak mana yang korang nak buat. 

Bahan rebus:
Daging 1/2 kilo ( potong-potongkan ikut saiz yang korang nak, jangan kecil sangat, jangan nipis sangat)
Halia - 1 inci - ketukkan

Rebuslah dahulu daging dengan halia ini . Air rebusan tu biarlah lebih sedikit sebab nanti nak guna untuk masak nasi.  Kalau korang ada pressure cooker atau noxxa ke, bolehlah guna. Akak setting rebusan dengan pressure cooker selama 1 jam. Kalau nak rebus atas dapur, kenalah sampai daging empuk dan lembut.


Nasi

Rempah 4 sekawan
daun salam (2 helai)
Bawang besar - potong 
Bawang putih - potong
Tomato - sebiji sederhana besar, potong kiub
Halia - 2cm hiriskan
Cili merah - 1 atau 2 , hiriskan

Semua bahan di atas tumiskan dahulu sampai naik bau. Nak bau menarik, boleh masukkan sesudu minyak sapi. Semalam akak guna planta saja.  Nak tambah rasa nasi, korang boleh masukkan susu cair atau santan. Tak perlu banyak dalam setengah cawan sahaja. 

3 1/2 cawan beras basmathi (gunalah apa jenama sekalipun)
Basuh dahulu dan rendam beras dalam 15-20 minit. Kemudian toskan.

Lepas tumis bahan-bahan tadi, pindahkan dalam periuk nasi. Kemudian masukkan beras dan kacau dahulu bagi rata.  Kemudian sukatlah air rebusan daging tadi. Masukkan daging rebusan tadi ke dalam periuk nasi juga. Lepas tu tutuplah periuk dan tekanlah suis, tunggulah nasi tu masak. Sambil tu korang boleh buat air asam untuk gandingan makan nasi daging nanti.


Air Asam Nasi Daging

Bila makan nasi daging, mesti ada air asam, baru sedap. Nak buat air asam pun tak susah.

2 biji tomato - racik nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris
Beberapa biji cili padi - potong-potongkan
Belacan bakar - sebesar ibu jari, hancurkan 
Kerisek - sesudu dua
air asam - ikut korang nak banyak mana
sos cili - sesudu dua
gula, garam

Semua bahan ni korang campurkan sekali. Gaul-gaulkan sambil lenyek-lenyekkan. Akak perahkan sebiji buah limau kasturi dan kulit limau tu dihiris-hiriskan dan campur sekali. Jangan lupa rasa manis masinnya. Dah siap. Bolehlah makan dengan nasi nanti.

Pada yang memikir menu istimewa untuk family nanti, bolehlah cuba.




You Might Also Like

7 comments

  1. thank you share resepi kak!

    ReplyDelete
  2. adehh tertelan telan air liur scroll resepi ni hahahaha.

    kc tag kak azi kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2017/05/giveaway-by-butik-julita-anje-saya-nak.html

    ReplyDelete
  3. aduh....dan2 terliur tgk menu ni

    ReplyDelete
  4. Alahai...sure susah nak buat ni...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya... Lama tak makan. Mujur ada share resepi. Memang nak kena buat la...menggoda betul tau...

    ReplyDelete
  6. sedap suka makan nasi daging (^_^).

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook