Cara Buat Sup Cendawan Yang Sedap Dan Menyelerakan

Thursday, January 12, 2017

Assalamualaikum wbt.  Dah lama akak tak share resepi kan.  Bukanlah banyak sangat resepi pun, bila ada masakan mudah-mudah yang akak cuba, rasa nak share kat sini sebagai rujukan masa akan datang.  Kali ni akak share cara mudah buat sos cendawan.

Sos cendawan ni memang kesukaan akak dan afiah. Yang lain-lain makan juga tapi tak macam kami nilah. Macam-macam boleh dipadankan dengan sos cendawan ni. Antaranya yang selalu kami buat ialah cicah dengan roti bakar, roti biasa, makan dengan pasta, makan dengan kambing bakar ataupun makan begitu saja.

Nak cara paling mudah, beli yang dalam tin, masuk dalam bekas dan panaskan. Dah siapkan!! Tapi kami ada cara yang lebih menarik untuk menambahkan kesedapan rasa sos cendawan ni. Semuanya idea en hubby lah. Try and error katanya. tak cuba tak tahu mana yang lebih sedap. Ok...I follow!

Cara Mudah Buat Sos Cendawan

Akak share guna gambar, mudah sikit nak cerita.

Bawang putih
Cendawan shitake / cendawan tiram / cendawan butang - gunalah mana-mana cendawan pun.
Sos cream mushroom - 1 tin
Serbuk cream cendawan - 1 pek
air
susu segar
butter
Italian herb / serbuk oregano 


resepi cup cendawan, mushroom soup, sup cendawan shitake, sup cendawan krim
credit: google

Ni namanya cendawan tiram, kot ada yang tak tau.



resepi cup cendawan, mushroom soup, sup cendawan shitake, sup cendawan krim
credit : google

Yang ni akak panggil cendawan butang


resepi cup cendawan, mushroom soup, sup cendawan shitake, sup cendawan krim
credit : google

Yang ni akak guna 1 pek untuk 1 tin sup mushroom. Gunalah jenama apapun tak pa.


resepi cup cendawan, mushroom soup, sup cendawan shitake, sup cendawan krim
credit : google

Guna juga cream mushroom yang ini. Tak kisah jenama apapun asalkan halal.  Akak suka guna yang ini atau prego.

Maaflah ye...gambar bahan-bahan ni ambil kat google je.  


Caranya mudah saja. Ambil 2-3 ulas bawang putih, korang cincang halus. Panaskan  sesudu butter dan tumis bawang putih sekejap.  Masukkan cendawan. Masukkan sedikit air, biarkan merenek sekejap.


resepi cup cendawan, mushroom soup, sup cendawan shitake, sup cendawan krim


Biar jadi macam dalam gambar ni.  Tak perlu lama agak-agak dalam 5 min cukup dan padamkan api. Yang ni akak gunakan cendawan shitake. Nampak banyak sebab masa ni nak buat sos cendawan untuk jamuan sekolah irfan.  Kalau nak buat makan sendiri cukuplah 10  butir cendawan shitake ni. Kalau guna cendawan tiram ambil dalam segenggam. Sukatan ini adalah untuk menggunakan 1 tin cream mushroom tadi.

Cendawan yang telah ditumis ni tadi, masukkan ke dalam blender dan blend sampai lumat. Kalau en hubby dia suka blend tak halus sebab katanya nak bagi rasa cendawan bila makan.  


resepi cup cendawan, mushroom soup, sup cendawan shitake, sup cendawan krim


Masukkan dalam pengisar.  Lepas kisar, masukkan semula ke dalam periuk, dan masukkan juga serbuk cream mushroom, cream mushroom 1 tin, secawan susu segar (tak masuk pun tak apa), air ikut kepekatan yang korang nak.  Jangan lupa sedikit garam dan taburkan italian herbs untuk bau yang lebih menarik.


resepi cup cendawan, mushroom soup, sup cendawan shitake, sup cendawan krim

Selepas dikisar halus.  Masa ni pun bau dah menyelerakan.


resepi cup cendawan, mushroom soup, sup cendawan shitake, sup cendawan krim

Campurkan semua dalam periuk dan panaskan api perlahan. Sambil tu kacau-kacaukan supaya tidak berketul.  Rasanya adalah lebih menarik dah macam makan kat pizza hut pulak.  


resepi cup cendawan, mushroom soup, sup cendawan shitake, sup cendawan krim


Makan ala western dengan ayam bakar.  Lepas pandai buat sup mushroom yang lebih sedap setanding dengan kedai, kami lebih suka buat sendiri aje bila nak makan.  Sekarang ni stok bahan-bahan yang digunakan memang kena ada dalam stok bulanan barang dapur. 

Cuba korang buat...hmmm...rasa nak makan western pulak la hari ni !!











You Might Also Like

2 comments

  1. wauuuu dikisar rupanya...patutlah sedap...tq share resepi

    ReplyDelete
  2. salam ziarah & selamat berkenalan..nnt nak try & share resepi nih yer sis.. tq tau...

    follower #369

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook