Sarapan Roti Bakar Telur Sardin Cheezy

Tuesday, November 22, 2016


Assalamualaikum wbt.  Sarapan apa pagi ini?  Pagi ni sedikit kerajinan datang untuk menyediakan sarapan dan bekalan ringkas untuk anak-anak ke sekolah. Ibupun tumpang sekali.  Asyik tengok menu yang sama setiap hari, rasa jemu pulak.  Malam tadi dah pesan en hubby belikan roti sebantal dan setin sardin.  Anak-anak sangkakan ibu mereka nak sediakan sandwich sardin, tapi rupa-rupanya ibu sediakan Roti Bakar Telur Sardin Cheezy. Sangat yummy!!

ROTI BAKAR TELUR SARDIN CHEEZY


Bahan-bahan:

6 keping roti gardenia/ roti sandwich
3 biji telur
2 ekor ikan sardin (ambil dari sardin tin - ikan sahaja)
1/2 biji bawang besar
1/2 batang cili merah
1/2 biji tomato
sedikit cheese
sedikit garam



sarapan mudah, sarapan pagi, roti bakar, roti sandwich sardin, roti sandwich telur
Campurkan semua sekali dan kacau macam nak buat telur dadar

Pecahkan telur. Hancurkan ikan sardin. Potong dadu kecil cili merah, tomato, bawang besar. Campurkan semuanya dan kacau sebati. Masukkan secubit garam.  Panaskan magic pan. Curahkan bahan yang dikacau tadi, biarkan sekejap. Taburkan cheese (ikut suka nak banyak mana).  Ambil roti, susun dan lekatkan di bahagian atas telur tadi. Biarkan seketika.  Kemudian dengan perlahan, terbalikkan pula roti supaya roti berada dibawah dan permukaan yang ada lapisan telur tadi di bahagian atas.  Agak-agak roti sedikit garing, padamkan api.


sarapan mudah, sarapan pagi, roti bakar, roti sandwich sardin, roti sandwich telur
Masukkan semua sekali dalam magic pan. Masa ni boleh tabur-taburkan cheese.


Potong-potongkan dan nak lebih sedap, letak sedikit sos cili di atas permukaan yang ada telur tadi. Sedia untuk dimakan.  Boleh juga letakkan dulu roti di bahagian bawah, kemudian baru taburkan campuran telur dan lapikkan lagi dengan roti.  Terpulang pada selera masing-masing.  Bahan-bahan campuran dengan telur juga ikut selera korang, boleh juga campurkan sosej, capsicum, cendawan butang....apa sahaja yang terlintas dan ada dalam stok rumah. Nama masakan pun boleh ubah-ubah bagi nampak menarik.


sarapan mudah, sarapan pagi, roti bakar, roti sandwich sardin, roti sandwich telur
Walaupun rupanya kurang menarik. Tapi yang penting rasanya sedap.  Makan dua keping pun dah rasa kenyang. Dengan 6 keping roti, siap bekalan tiga orang kanak-kanak dan seorang dewasa. 


Hmmm... tau apa anak-anak kata? Esok buat lagi boleh??

Esok kita fikir menu lain pulak. Buat hari-hari nanti jemu pulak. Tapi memang boleh repeat lagi sehari dua ni.

Selamat menjamu selera!!

You Might Also Like

11 comments

  1. Replies
    1. Nanti cik T buat bekal kat ammar ngan aisha

      Delete
  2. uih...macam ni memang berselera nak makan pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berselera arz..bekal pun tak cukup

      Delete
  3. Wow menarik ni. Sedap kalau makan panas panas. saya suka bakar roti tu dulu bagi rangup crunchy sikit. Dah bakar baru letak atas telur atas magic pan tu. :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..
    Nak try buat la pagi esok bersama isteri AM..

    Posting terbaru AM
    6 makanan penyebab sakit sendi


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  5. Sekarang juga Reen cuba! Nasib baik ada bahan-bahannya! Terima kasih kak :D

    ReplyDelete
  6. save siap2 dlm fon resepi ni..leh wat weekend ni :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook