PEEKABOX Cara Mudah Untuk Anak-anak

Assalamualaikum wbt.  Seronokkan bila dapat menggembirakan anak-anak dengan barangan yang mereka suka.  Anak-anak akak suka membaca dan beraktiviti dengan buku-buku.  Minat yang dimiliki oleh kebanyakan kanak-kanak rasanya, terutama bagi anak-anak yang sedang membesar.  Cuma kadang-kadang kita yang tidak berkesempatan membawa anak-anak ke kedai buku atau sama-sama beraktiviti dengan mereka.  Akak diperkenalkan dengan cara mudah untuk memenuhi permintaan anak-anak yang gemar berinteraksi dengan buku-buku ini.  PEEKABOX jawapannya! PEEKABOX adalah merupakan khidmat pembelian buku anak-anak secara online. Ianya bukan satu, bukan  juga dua, anda boleh pilih sekotak mengikut tema dan peringkat usia anak-anak. PEEKABOX adalah cara mudah untuk anak-anak mendapatkan bahan bacaan dan aktiviti-aktiviti menarik yang telah disediakan istimewa untuk mereka. Tunggu sahaja kotak sampai depan rumah.  Kotak-kotak 'fun and educational' disediakan untuk anak-anak di peringkat usia 2 - 5 tahun, 5 - 8 tahun dan 8 - 12 tahun.

Apa Yang Terdapat di PEEKABOX ?

PEEKABOX boleh didapati samada kita memilih kotak yang mempunyai pelbagai jenis buku atau kotak yang buku-bukunya disediakan mengikut tema. Misalnya untuk anak-anak lelaki, kita boleh memilih tema pahlawan atau kisah-kisah pengembaraan. Buku yang disediakan dalam setiap kotak lebih daripada 3 buah. Buku-buku menggunakan bahasa yang mudah ini memang senang untuk dibaca oleh anak-anak. Selain daripada buku-buku bacaan, ada jugak buku-buku berbentuk aktiviti seperti melekat sticker untuk melengkapkan cerita dalam buku dan juga aktiviti melukis.

Dapatkan Buku-buku Menarik Untuk Anak-anak Anda di PEEKABOX

Antara pakej yang ditawarkan oleh PEEKABOX


Bagaimana Untuk Mendapatkan PEEKABOX

Mudah sangat caranya, ikut sahaja step berikut.

1.  Pilih kotak yang anda minati mengikut pakej yang disediakan.
2.  Daftar langganan mengikut skim bayaran yang ditawarkan.
3.  Tunggu ketibaan kotak buku anda.
4.  Bila dah terima, bolehlah beraktiviti bersama anak-anak.

Dapatkan Buku-buku Menarik Untuk Anak-anak Anda di PEEKABOX

Dapatkan Buku-buku Menarik Untuk Anak-anak Anda di PEEKABOX

Budak ni paling seronok bila dapat kotak PEEKABOX ini.  Peluk ketat-ketat sebab takut kakak ambil. Tapi isi kandungan kotak tu memang boleh dikongsi oleh kakak juga.


Beraktiviti Bersama PEEKABOX

Sebaik sahaja akak terima kotak daripada PEEKABOX, yang paling teruja sekali ialah dzakwan dan amira.  Pemilihan buku-buku sesuai dengan usia mereka.  Bila buka kotak, akak pun teruja sama.  Bertuah sungguh anak zaman sekarang!!


Dapatkan Buku-buku Menarik Untuk Anak-anak Anda di PEEKABOX

Kandungan kotak PEEKABOX yang diterima.  Ada juga pocket book yang mudah dibawa ke mana-mana.  

Dapatkan Buku-buku Menarik Untuk Anak-anak Anda di PEEKABOX

Kotak PEEKABOX siap dah dengan nama penerima di dalamnya.  Adik Dzakwan dah boleh membaca, bila terlihat nama sendiri tertulis dalam kotak PEEKABOX, bertambah-tambah terujalah dia jadinya.


Dapatkan Buku-buku Menarik Untuk Anak-anak Anda di PEEKABOX


Aktiviti yang paling diminati ialah menampal sticker.  Berebut-rebut dengan amira.  Sampaikan akak kena masuk campur. Ehh!! Akak pun jadi seronok nak melekat sticker juga..hahaha...



Kepada yang berminat, boleh  dapatkan maklumat lanjut seperti berikut :

Call/SMS/ WhatsApp  : +6018 3266238
Email :    peekabox@peekabook.com.my


Untuk makluman korang, penghantaran PEEKABOX buat masa ini hanya di Semenanjung Malaysia dan yang menariknya kos penghantaran adalah percuma. Pada sesiapa yang sedang memikir-mikir untuk membeli hadiah anak-anak, adik-adik atau anak-anak saudara, apa kata cuba hadiahkan PEEKABOX. Pasti mereka seronok dan gembira!!





1 Comments

  1. bestnyaaaaa....ini mak pun boleh join sama ni hehehe...

    ReplyDelete