Resepi Nasi Goreng Super Simple

Monday, October 19, 2015

Resepi nasi goreng

Assalamualaikum wbt

Siapa tak suka makan nasi goreng? Rugiiii....
Nasi goreng ni boleh dikatakan kesukaan kami anak beranak. Tapi tidaklah sampai mengadap nasi goreng siang malam pagi petang. Nasi goreng ni bukan setakat mudah disediakan, ianya juga boleh dipelbagaikan dengan pelbagai bahan-bahan berbeza untuk dapatkan rasa berbeza.  Betul tak ?

nasi goreng , cabai kering, telur hancur, sarapan

Nasi goreng super simple akak ni memang mudah untuk disediakan.  

Bahan-bahan :
Bawang merah dan putih - rencah tumisan. 
Beberapa batang kacang buncis /panjang - potongkan
carot - racikkan
bawang besar - potong-potongkan
beberapa tangkai cili kering - potong-potongkan juga
2 biji telur

Tumis bawang.  Masukkan juga potongan bawang besar dan cili kering.  Secara kebetulan cili mesin dah habis, guna cili kering sebeginipun boleh dapatkan sedikit rasa pedas-pedas.  Bila agak-agak bawang dan cili dah sedikit garing, masukkan kacang dan carot. Kalau ada udang, boleh juga masukkan tapi kat rumah stok bahan basah semua dah habis masa ni, jadi guna apa yang ada.  Masukkan garam sedikit dahulu, kicap kalau nak.
Masukkan nasi dan kacau rata. Last sekali baru pecahkan telur. Biarkan telur sedikit keras (macam buat scramble egg), kemudian gaul bersama nasi tadi. Rasalah masin pedasnya...

Nasi begini makan panas-panas memang laju jer. Adik Wan pun makan bertambah-tambah sebab ada telur.  Boleh jer makan untuk sarapan ataupun bila-bila korang rasa macam nak masak yang mudah-mudah....

You Might Also Like

5 comments

  1. SA sekarang suka plak buat nasi goreng..tgh belajar buat nasi goreng daging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tu nasi goreng daging..nanti boleh cuba juga

      Delete
  2. Azi menu makan malam selalunya ana masak nasi goreng, sebab dapat makan panas-panas kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la juga dengan azi....tu yg paling senang dan tak perlu masa lama di dapur.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook