#Cabaran20Hari - Memori Raya Zaman Kanak-kanak

Friday, July 10, 2015

#Cabaran20Hari

Assalamualaikum

Bercerita pasal raya mesti tak lari daripada cerita masa kanak-kanak. Raya tambah bererti dengan kanak-kanak yang memeriahkan sambutan.  

Apa yang menjadi memori sambut raya zaman kanak-kanak?
Banyak...

1. Dapat baju baru.
2. Dapat makan kuih raya yang best
3. Dapat main bunga api
4. Dapat jalan-jalan raya
5. Part paling best -- dapat duit raya.

Masa kanak-kanak aku dulu biasanya masa raya lah boleh dapat baju baru. Lepas tu tunggu la tahun berikutnya kalau nak dapat baju baru lagi.  Bagi kami masa tu dapat sorang 2-3 pasang pun dah seronok sangat. Baju pulak mesti ada sepasang baju kurung dan yang lain-lain tu baju untuk berjalan. Kalau tak dapat baju baru tu kira macam tak sempurna nak sambut raya.

Bila dah berbaju baru, dapat ikut mak dan abang kakak berjalan raya dah tentu dapat pulak duit raya. Masa tu dapat 50 sen pun dah macam dapat 5 ringgit. Bukan main seronok lagi. Balik rumah kira siap-siap masuk tabung. Kadang-kadang buat top up duit beli bunga api.

#cabaran20hari Memori raya zaman kanak-kanak


Memori-memori indah inilah yang selalu di ulang cerita pada anak-anak semoga mereka juga teruja untuk menyambut ketibaab Syawal.

Meriah raya dulu tak sama dengan meriah raya sekarang.


You Might Also Like

2 comments

  1. Baju raya semua sedondon ..hehe mcm boria org kata huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang pun kadang2 sedondon jugak he

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook