#Cabaran20Hari : Amalan Berbalas Juadah di Bulan Puasa

Saturday, July 04, 2015

Berbudi amalan mulia

Assalamualaikum

Masa kanak-kanak dulu amalan bertukar-tukar juadah semasa berbuka puasa ni memang dah jadi rutin harian.  Biasanya juadah yang ditukar adalah kuih muih ataupu bubur.  Arwah mak kalau buat kuih mesti buat banyak sebab nanti boleh hantar ke rumah jiran-jiran. Seronoknya bila hantar tu pasti akan dapat balasan pula daripada jiran. Daripada hanya satu jenis kuih yang dibuat, akan jadi 2, 3 kadang-kadang penuh semeja!! Meriah jer..

Selepas berkahwin, aku berpindah hidup berdua dengan hubby di kedah.  Tinggal di taman perumahan jiran ada kiri kanan depan belakang. Masa anak-anak dah mula berpuasa, rajin jugak lah buat kuih muih terutama bila cuti hujung minggu.  Kami akan bertukar-tukar juadah juga dengan jiran sebelah menyebelah. Jiran aku seorang surirumah, rajin sungguh dia sampaikan hampir setiap hari ada sahaja kuih muih yang dihantar.  Kadang-kadang tak sempat balas pun, tunda keesokkan hari..kira segan pulak nak kembalikan pinggan kosong kan....hehe



Tapi sekarang amalan ni dah macam dilupakan.  Masing-masing dengan aktiviti masing-masing.  Ada baiknya juga tradisi bertukar-tukar juadah ni. Selain daripada menambahkan ukhuwah antara jiran-jiran, dapat jugak belajar resepi baru. Ada jugak orang yang bertemu jodoh hehhe....





You Might Also Like

2 comments

  1. memang semakin dilupakan ...

    ReplyDelete
  2. mungkin ramai yang sibuk dengan kerja

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook