Trend Fesyen Muslimah : Baju Mini Kurung

Thursday, May 28, 2015


Mini Kurung Zalora


Jika anda perhatikan sekarang ini trend fesyen Muslimah terkini semakin berkembang dalam pasaran tempatan.  Jika di Malaysia, pasaran baju Muslimah sudah lama ada sebenarnya namun untuk tempoh yang agak panjang tiada perubahan yang banyak daripada segi koleksi pakaian yang terdapat di pasaran.  Kini keadaan itu telah berubah bila wujudnya usaha tanpa lelah yang dilakukan oleh para penggiat fesyen yang berusaha membawa fesyen Muslimah ke peringkat yang lebih tinggi di pentas antarabangsa. Kemunculan banyak pereka fesyen yang berbakat ini juga telah melahirkan pelbagai koleksi pakaian Muslimah yang cukup cantik dan fashionable.


Mini Kurung Zalora


Perkembangan yang cukup baik ini telah membantu menaikkan populariti dress Muslimah di mata peminat fesyen.  Malah apa yang lebih menarik ialah terdapat juga koleksi baju Muslimah yang terdiri daripada pelbagai seleksi pakaian tradisional wanita Melayu yang telah diberikan sentuhan moden yang lebih kreatif dengan corak, rekaan dan warna yang mampu memikat hati anda.

Baju kurung, mini kurung, dress, zalora



Baju kurung moden adalah antara pakaian Muslimah yang paling popular buat masa ini dalam pasaran. Koleksi baju kurung moden terkini seperti mini kurung memperlihatkan rekaan yang jauh lebih stylish daripada versi yang sebelum ini. Ianya bukan sahaja cantik malah membuatkan seseorang kelihatan lebih menawan ketika dipakai untuk ke majlis-majlis istimewa. Bukan itu sahaja, ianya juga sesuai untuk dipakai ke pejabat.

Baju kurung, mini kurung, dress, zalora

Persiapan menyambut lebaran  

Untuk sambutan Lebaran kali ini serikan hari istimewa anda pada pagi raya dengan mendapatkan koleksi baju mini kurung terkini.Banyak website online shopping Malaysia atau pun butik Muslimah online yang menawarkan koleksi mini kurung online untuk wanita daripada pelbagai jenama hebat dengan harga yang istimewa. Dengan membeli secara online anda dapat menjimatkan lebih banyak masa, wang dan tenaga untuk persiapan Hari Raya yang lain!

Jangan buang masa, buatlah pilihan terbaik yang dapat memenuhi citarasa anda.

Pilihan di hujung jari anda.

Bijak membeli, menang memakai!!

You Might Also Like

6 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook