Keluarga maya terbaik

Inilah keluarga berjiwa besar EFG. Meriah kan?....comel, handsome, kacak, sweet ...semua ada dalam ni. Dah banyak hari tertangguh nak up entry ni. Takper, bagi peluang kat team EFG yang lain up dulu. Sekurang-kurangnya entry tentang keluarga EFG tidak terputus.

Apa dia EFG?

EFG - Exchange Feed Group - adalah kerjasama bertukar-tukar feed dlm blog team EFG. Kalau korang perasan tiap-tiap hari, di bahagian atas setiap blog team EFG akan ada link dan entry-entry baru ahli EFG. Feed ni akan bertukar setiap hari. Team EFG membantu setiap ahli untuk up kan jumlah follower dan pengunjung blog. Team EFG setakat ini memang komited dan dari hari ke hari dah macam adik beradik masing-masing kat dalam ni. Pada aku semua team member adalah adik-adik yang macam-macam gelagat. Tak pernah letih melayan celoteh masing-masing.

Dalam group ni jugak, aku belajar macam-macam. Daripada cara perbaiki SEO blog, tukar domain dan perkara-perkara yang tidak pernah terfikir sebelum ni. Memang ternyata team ini banyak membantu. Follower aku pun dah makin bertambah. Kalau dulu pageview nak cecah 100 sehari pun sakit..tapi sekarang ni usah kata 100 malah lebih daripada tu. GREAT JOB EFG!!
Tak salah pilih group dah ni...





Exchange feed group, EFG, blogger,maya

Team member EFG. Siapa yang tak mampu nak komited, tiada halangan untuk meninggalkan group.

Korang boleh belek blog mereka ini satu persatu. Aku ada letak link di sebelah kanan blog bawah logo EFG.  

Jom lah follow blog geng ni.....korang takkan menyesal!!!!


10 Comments