Singgah Makan Di Akar Lima Kulim.  Dah lama tak makan sini.  Sebuah rumah tanah log yang dijadikan sebagai tempat makan dan juga homestay.  Ada juga yang gunakan sebagai tempat kenduri atau majlis kecil-kecilan.  Hidangan makanan lebih ke arah pilihan western.  

Kalau nak lepak-lepak santai dengan family atau kawan-kawan, bolehlah cuba makan kat sini.  Akak pernah share tentang Akar Lima satu masa dahulu.  Korang boleh baca kat sini ---   AKAR LIMA

Oleh kerana dah lama tak singgah sini, pilihan makanan dan rasa pun dah ada sedikit perbezaan.  Ada menu yang dah tiada dan diganti dengan yang lain.  Kat sini, hidangan makanan biasanya akan diletakkan jenis-jenis ulaman sebagai penyeri tapi boleh makanlah semuanya.


makan-makan keluarga, tempat makan, jalan-jalan cari makan Kedah

Singgah berdua sahaja dengan en hubby kali ni.  Kakak baru balik kerja, nak berehat katanya.  Amira pula kurang sihat.  Abang Irfan masih di tempat kerja.  Jadi kami berdua ajelah dating malam tu.  

makan-makan keluarga, tempat makan, jalan-jalan cari makan Kedah

Pilihan en hubby dan tentunya kambing bakar ni.  Rasanya okay okay saja.

makan-makan keluarga, tempat makan, jalan-jalan cari makan Kedah

Akak makan ayam tucsan dengan nasi putih.  Sedap juga bila makan ayam tu dengan kuah yang creamy pedas-pedas sedikit.  Siapa yang tengah kurangkan nasi, boleh makan ayam ni sahaja.  Anak-anak, kami tapaukan speghetti kimchi dan ayam tucsan ni juga.  

Lepas makan terus balik rumah.  Hari hujan, malas nak singgah mana-mana dah. Sunyi pulak rasa bila keluar berdua sahaja, biasanya riuh memilih menu makanan.  Macam tu la bila  anak-anak dah dewasa, masing-masing ada rutin sendiri. 




8 Comments

  1. tudia makan western tapi ada ulam raja

    ReplyDelete
  2. Nampak unik cara masakan ayam dan kambing ni. Kita geng la suka kuah yg creamy dan pedas.

    ReplyDelete
  3. nyum2 sedapnyerr kambing bakar.. 😬

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik ayam tuscan tu, tak pernah makan.
    Anak² kami pun dah pandai tak nak ikut Kak... Tapi okay la, Ummi Walid boleh dating hehe

    ReplyDelete
  5. wahh.. kambing bakar.. feveret saya

    ReplyDelete
  6. Ayam tu ditegakkan rupanya. Nampak sedap semua menu. Biasa la kalau keluar berdua sunyi takde anak2.

    ReplyDelete
  7. Jap... signboard tu dia tulis gunak berjuta2 paku ke?

    ReplyDelete
  8. Singah sini, wah, tempat ni pasti menarik ramai pelanggan. perlu berdua supaya ada kawan makan, bahagia itu sebenarnya inilah kenangan..kena makan santai bersama..

    ReplyDelete