Belajr Masak Dengan En Suami.  Suami korang pandai memasak tak? En suami saya pandai yer, bukan setakat pandai,  cekap juga. Kadang-kadang ubahsuai resipi pun pandai.

Memasak ni kena ada passion. Itulah ayat yang selalu disebut bila nak suruh anak-anak masuk dapur. Akak pun bukanlah pandai sangat memasak.  Masa remaja sibuk menuntut ilmu bila masuk dapur buat yang ringkas-ringkas untuk selera sendiri, selera orang bujang.  Bila dah berumahtangga kenalah belajar semula.  Mujur en suami banyak sangat membantu di dapur. Biasanya kalau tak banyak urusan memang en suami aje yang kelentang kelentung di dapur.  Tapi satu sahaja syaratnya, kena ada yang tolong siapkan bahan dan kemas dapur. 

Akak pun daripada tak berapa pandai, sikit-sikit dah cekaplah juga mengadun masakan terutama yang diminati anak-anak dan keluarga.  Kalau dulu masak kari pun ceroi (maksudnya kuah cair) tapi sekarang ni tak ada dah kedengaran perkataan ceroi tu.  Menetap di utara ni, salah satu yang kena pandai masak dah tentulah kari - tak kiralah kari ikan, ayam, daging, sotong, udang.  Tapi kalau en suami ada kat rumah, lebih suka air tangan beliau lagi.


Menu Paling Best Pernah Masak

Pengalaman memasak ni mungkin diturunkan daripada arwah bapa mertua.  Arwah bapa mertua khabarnya adalah antara tukang masak kampung untuk kenduri kendara dan menu paling favorite adalah ayam masak merah.  Menu ini juga adalah kegemaran kami sekeluarga.  

Adik beradik lelaki yang lain tak ada yang mengikut jejak kecuali en suami.  Bukan dari kelulusan kulinari tapi masakannya memang power.  Kalau akak perlu kerja luar atau lewat balik pejabat, tak risau bab-bab makan anak tapi kena sedialah tengok dapur. 


bila lelaki memasak, masakan sempoi, sedap, masakan istimewa suami

Nasi arab paling simple pernah dimasak.  Walaupun simple tapi cukup rasanya. Tak pernah tak habis. Biasanya kami masak cukup untuk sepinggan besar ni.  


bila lelaki memasak, masakan sempoi, sedap, masakan istimewa suami

Masak lemak pucuk manis dengan ubi keledek.  Ini juga antara masakan en suami yang disukai oleh MIL.  Masakan ni juga paling senang nak buat.  Pucuk manis tu ada ditanam di tepi rumah, guna santan kotak dan beli ubi keledek.  Kami suka guna ubi keledek oren ni sebab rasanya agak manis.  Kalau masak lauk ni kena padankan dengan ikan kering atau ikan pekasam. Orang Banjar panggil ikan pekasam ni 'wadi'.


bila lelaki memasak, masakan sempoi, sedap, masakan istimewa suami

Pajeri terung atau nenas pun kalau en suami masak memang akak kalah awalnya. Tapi sekarang ni dah pandailah juga. Terung yang biasa digunakan ialah terung hijau.  Lebih sedap rasanya berbanding terung purple tu. Tapi kalau tak ada, mana-mana pun boleh.


bila lelaki memasak, masakan sempoi, sedap, masakan istimewa suami

Asam pedas Melaka. Asalnya akak kongsikan cara kami anak Melaka masak.  Bila sampai kat tangan en suami, resipinya diubah sikit-sikit ikut citarasa beliau. Eh!! Sedap juga tau !  So sekarang ni asam pedas Melaka en suami dah jadi antara menu utama bila kami sekeluarga berkumpul.


bila lelaki memasak, masakan sempoi, sedap, masakan istimewa suami

Sotong goreng tepung ni pun baru kebelakangan ni kami pandai goreng.  Sebelum ni mesti tepung tu kerap tanggal daripada sotong.  Gigih en suami cari resipi dan cara yang paling bernas untuk digunakan. Hasilnya dah macam sotong goreng tepung di kedai.


bila lelaki memasak, masakan sempoi, sedap, masakan istimewa suami

Gulai pisang muda.  Makanan masa kecil-kecil dulu kata en suami. Jadinya memang tak larilah dengan rasa dan hasil masakan ibunya.  Akak cukup suka bila ada pisang berbuah di belakang rumah.  Setandan kan banyak...ambil sedikit untuk masak kari.  Boleh juga jadi masak lemak.  Selebihnya sedekah jiran-jiran, kalau rajin boleh buat kek pisang.  


bila lelaki memasak, masakan sempoi, sedap, masakan istimewa suami

Sambal tempe bilis.  Ini menu wajib dibekalkan pada anak-anak bila nak pulang ke asrama dan kolej.  Biasanya en suami yang akan sediakan tapi sekarang ni dah turunkan pada akak.  Satu perangai en suami ni selagi tak sampai 'standard' masakan dia, memang orang lain tak payah buatlah.


bila lelaki memasak, masakan sempoi, sedap, masakan istimewa suami

Kuey Teow kung fu.  Sedap tau. Boleh juga ganti dengan mee.  Kalau korang nak resipi, boleh tengok kat sini Resipi kuey teow kung fu


bila lelaki memasak, masakan sempoi, sedap, masakan istimewa suami

Satu lagi kepandaian en suami ialah membuat  kerabu. Sebut aje kerabu mangga, sotong, kerang, epal malah pernah juga buat kerabu pegaga epal.


bila lelaki memasak, masakan sempoi, sedap, masakan istimewa suami

Kalau masakan kari ni, tak payah cakap lah....memang menu kegemaran.  Akak pun daripada tak pandai, sekarang ni dah boleh lah layan kari utara ni.  


bila lelaki memasak, masakan sempoi, sedap, masakan istimewa suami

Nasi ayam penyet.  Nampak biasa tapi bila kena dengan sambal tu, boleh jadi sedap daripada biasa.  Ini menu paling cepat nak siap.  Kadang-kadang nak makan berdua saja pun, gigih nak buat sendiri jugak.


bila lelaki memasak, masakan sempoi, sedap, masakan istimewa suami

Nasi Mandy kambing.  Kambing tu kami perap dengan sos rekaan sendiri dan gril kan.  Pernah suatu masa dulu kami menjual kambing perap.  Tapi dah lama tak buat.  Mungkin aktiviti lepas pencen nanti.  Doakan. 

Banyak lagi menu masakan en suami.  Kalau hari raya, kami tak perlu nak risau sangat sebab kami dah ada chef di rumah.  Kalau nak buat kenduri kecil-kecilan pun biasanya kami masak sendiri aje.  Anak-anak belum lagi ada yang tunjuk minat macam ayahnya, tapi sikit-sikit dah ada yang pandai mereka resipi sendiri.

Tak rugi kalau orang lelaki pandai memasak malah ianya adalah kelebihan pada si isteri dan keluarga. Tapi  isteri pun tak boleh lah lepas tangan begitu sahaja. 

Okaylah korang, panjang celoteh akan.  Bukan  nak masuk bakul angkat sendiri tapi alhamdulillah kelebihan yang akak dapat atas kekurangan akak.    Banyak yang akak belajar dan akan terus belajar.  Korang kalau tak tahu nak masak/makan hari ni bolehlah beli atau masak menu yang akak share ni.  Moga bermanfaat !
 





5 Comments

  1. Untungnya Akak! Husband Sy x pandai masak, takat goreng nasi, telur tu bolehlah. Mil pandai masak tp kebolehannya menurun dekat abg ipar, sampai boleh buka kafe.
    Sy pula lepas kawin baru reti masak. Itu pun takat makan family je la :)

    ReplyDelete
  2. bestnya kak azi....suami SA x pandai masak..Pak Zain yg pandai...tp sejak dia x sihat ni SA yg ganti...

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada partner pandai masak..boleh request mcm2..akak orang banjar mana? xsangka ada kulaan banjar juga..hehehehe

    ReplyDelete
  4. wahh Azie sedap2 semuanya, suami saya dulu bujang pandai je masak lepas kahwin ermmm.... no komen hehe :)

    ReplyDelete
  5. Bersyukuuur sangat kalo suami pandai masak memang 😄😄😍. Memasak ini bukan hobi saya. Dulu saya pakai asisten masak. Tp setelah anak2' besar dia resign. Asisten satu nya tak pandai masak. Krn susah nak cari yg sedap, akhirnya saya putuskan belajar masak sendiri. Tp pastinya hanya menu simple. JD mostly menu western. Kalo dah banyak tumbuh rempah, saya skip 😅🤣

    Nasib baik suami walau tak pandai masak samasekali, tp dia tak cerewet bab makan. Apa saja mau dimakan..JD mudah juga kerja saya 😄. Kalo dia tak nak, carilah sendiri asisten masak lagi 🤭

    ReplyDelete