Bila Dah Kemaruk Makan Kek.  Jarang-jarang sekali dah luangkan masa update kat sini.  Cerita ada tapi bila tiba masa nak menulis tu boleh termenung lama menyusun ayat. Korang ke mana aje cuti hujung minggu baru ni? Mesti langkah masing-masing panjang tambahan dah dibenarkan merentas negeri dan ada cuti panjang.  Akak dan family, awal lagi dah balik kampung. Sementara ada peluang tapi sebelum tu langkah-langkah pemeriksaan diri kena buat dulu.  Oleh kerana hujung minggu panjang tiada plan  ke mana-mana, kita buatlah projek-projek kecil di rumah sahaja.  Tiba-tiba minat buat kek tu bercambah-cambah. Apatah lagi bahan-bahan memang sediaada di rumah. Sikit-sikit tak cukup, boleh beli di kedai runcit depan taman, takpun skip saja.

Cubaan Membuat Pelbagai Jenis Kek

Bila semangat nak buat kek tu datang memang tak boleh tahan-tahan dah.  Bukan setakat satu tapi sampai 3 jenis kek akak dan anak-anak buat.  Biasanya kami buat kek coklat sahaja, resepi korang boleh tengok kat sini ----- kek coklat , so kali ni cubaan buat kek lain pula.  Salah satunya ialah cheese kek.  Kalau anak-anak cadangkan buat cheese kek, akak selalu sahaja menolak sebab rasa macam remeh.  Takut tak menjadi. Biasalah, akak kan suka buat masakan yang cepat dan ringkas. Carilah resepi-resepi yang sesuai dan bagi rasa yakin boleh buat. Jumpa resepi cheese kek 3 bahan di page Siraplimau. Hah..senang sangat ni, terima kasihlah sebab kongsikan resepi ini, akak copy kat sini sebagai rujukan nanti kalau nak buat lagi. Terima kasih tau!!!

Resepi Cheese Kek 3 Bahan 

(daripada website Siraplimau)

BAHAN-BAHAN

120g Tatura Cream Cheese
120g Susu Pekat Manis
3 Biji telur gred B


CARA-CARA

Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat -Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya. Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.

Asingkan Telur Putih dan Pukul - Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).

Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese - Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.

Campurkan Semua Bahan - Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.

Tuang Dalam Loyang - Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah). Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.

Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.  Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak. Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.

jenis kek, kek mudah disediakan, buat kek, kek sedap

Maka terjadilah cheese kek yang mudah ini, sedah yer. Tak sangka berjaya juga akak buat.

Kek Pandan

Akak suka kek pandan yang padat dan lembab. Bila kunyah rasa penuh. Kek pandan ni lebih sedap bila guna perahan pandan asli bukan pewarna. Bila guna air pandan asli, warna kek tidaklah terlalu hijau  dan yang paling best baunya wangi. 

jenis kek, kek mudah disediakan, buat kek, kek sedap

Kek pandan ini cubaan kedua akak. Masih boleh perbaiki lagi. Kalau korang nak cuba, boleh tengok resipi kat sini ---- KEK PANDAN

Kek Pisang Moist

Kek seterusnya ialah kek pisang. Mmmm...memang citarasa orang lama la akak ni.  Dah lama nak berguru dengan orang lama untuk hasilkan kek pisang yang moist dan cantik kejadiannya. Kali ni baru betul-betul jadi kek pisang moist dan merelit.  Kalau nak cuba, boleh tengok resipi yang akak pernah share sebelum ni kat sini.

Kali ni akak ambil kelas berbayar. Ala banyak je iklan kelas berbayar di fb. Korang pilih mana yang korang rasa sesuai.  Bila berguru ni memang hasilnya lain sikit.  Kek pisang kali ni memang dah standard boleh jual, kata en suami. Ha......memang senyum lebar lah akak sebab susah yer nak dapat pujian macam tu daripada en suami.

jenis kek, kek mudah disediakan, buat kek, kek sedap

Tapi memang puashati !!

Kalau korang nak tahu, akak jadi lebih rajin bila dapat pembantu baru ni.  Dah lama nak gantikan mixer yang dah rosak tapi asyik bertangguh sebab ada keperluan lain yang perlu didahulukan.  Sekarang ni baru dapat gantinya.  Beli yang sesuai untuk kegunaan akak sahaja.  Harap-harap rajin berterusan lah akak ni untuk mencuba resipi-resipi yang lain. 

jenis kek, kek mudah disediakan, buat kek, kek sedap

Lega bila ada pembantu ni. Nak mengumpul untuk tambah koleksi oven pulak. Oven sediaada sekarang ni dah berusia lebih  15 tahun tapi masih bekerja dengan baik.  Tak rugi beli. Manalah tahu ada projek lain pulak nanti, bila ada lebih oven bolehlah bekerja dengan lebih cepat.

Jom korang masak kek!


4 Comments

  1. semua nampak fluffy jee. gebu2 semua nya

    ReplyDelete
  2. ammi suka cheese cake..tp anak-anak tak suka. plg selalu buat kek coklat kukus. yg tu laju je bebudak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun suka cheese cake tapi nak kena belajar lagi supaya dapat hasilkan yang lebih mantap.

      Delete