Si Tupai Kesayangan.  Dah hampir 6 tahun dah tupai ni bersama kami.  Kami namakan Jack  -  Jack The Squirrel.  Dari kecil ditinggal ibunya di celah pokok.  Mujur en suami nampak sebab dia jatuh atas bumbung sangkar burung Dari kecil juga, akak lah yang jadi tukang beri susu sampailah dia jadi jemu tak nak susu dah.


Binatang peliharaan , kesayanagan keluarga

Kalau dulu boleh lepaskan dalam rumah dan main kejar-kejar tapi sekarang tak berani dah nak buat macam tu. Gigi dia tajam dan kalau kena gigit memang berbekas jadinya.  Setakat ni pernah dua kali jugalah digigit dengan gigi tajamnya.


Binatang peliharaan , kesayanagan keluarga

Binatang peliharaan , kesayanagan keluarga

Sekarang ni masuk dalam sangkar saja.  Sesekali dilepaskan juga bagi dia bergembira melompat sana sini.  Tapi tak jauh jalannya, pusing-pusing dalam kawasan rumah saja.

Binatang peliharaan , kesayanagan keluarga

-

Dari segi makanan pula, Jack suka makan buah-buahan.  Apa saja jenis buah dia suka makan.  Selain itu, pelbagai jenis kekacang juga menjadi minat dia.  Badan Jack ni cantik tak macam tupai tanah.

Binatang peliharaan , kesayanagan keluarga


Pernah juga biarkan Jack lama di luar rumah, tapi dia balik juga masuk ke sangkarnya.  Dalam sangkar Jack ada rumah kecil yang en suami buatkan.  Masa kecilnya akak kaitkan sarung macam bunjut dan Jack akan masuk tidur dalamnya. Selagi Jack masih nak stay dengan kami, kami layankan sajalah.  Paling best bila balik kerja, panggil nama dia, mesti Jack akan berpusing-pusing dalam sangkar. 

Memang seronok bila ada haiwan peliharaan ni di rumah. Tapi kena pastikan kebajikan mereka terjaga dan kehadiran mereka tidak mengganggu jiran-jiran berdekatan.


8 Comments

  1. Rare ni Kak Azie, bela tupai.
    Dijaga dengan elok, mmg gemuklah dia hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh pandainyaaa diaaa tak pergi jauh2 bila dilepaskan

    ReplyDelete
  3. Tak pernah nampak ada orang bela tupai ni. Tak lari pun dia ye agaknya dari kecik dah selesa duk situ.

    ReplyDelete
  4. Comel 🐿️ Tak sangka kalau jaga dari kecik dia akan attach dengan kita jugak ya.

    ReplyDelete
  5. Wahhh bukan biasa2 bela tupai.. comel!
    Tapi tang menggigit tula tak best hehe

    ReplyDelete
  6. Mmg rare la kak.. jarang org bela tupai. Saya, tupai dtg blkg rumah , mencicit kami lari msk dalam hahaa

    ReplyDelete
  7. Aiiiih kaaaaak, comel nya si Jack ini 😍😍😍😍. JD nak pula pelihara tupai 😄. Tp kuatir kalau terlihat kucing2 saya, dihantam pula nanti. Padahal lucu sangat lah 😍

    ReplyDelete
  8. comelnyaa. jarang org bela tupai kak. ateng alergik binatang berbuluu

    ReplyDelete