Cerita Masuk Sekolah 2026
Cerita Masuk Sekolah 2026. Dari minggu lepas sampailah minggu ni, banyak sungguh perkongsian tentang anak masuk sekolah. Kemeriahan terpancar terutama pada mak ayah yang anaknya baru nak memasuki sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Anak-anak sekarang dah jarang sangat kita dengar menangis hari pertama ke sekolah macam dulu-dulu. Anak-anak sekarang dah berani, ada yang tak mahu mak ayah tunggu tepi kelas.
Bagi kami, kemeriahan begini dah berlalu. Tapi kisah anak masuk sekolah masih ada lagi untuk dirasai dalam suasana yang lain. Tahun ni Adik Wan dah masuk tingkatan 3, ada lagi dua tahun sebelum menamatkan persekolahan. Dua tahun tu tidaklah lama sangat, tahu tahu dah berakhir. Mak ayah dah mula juga terasa seram seram sejuk memandangkan persaingan semakin sengit dan lebih masa perlu diluangkan si anak sepanjang sesi persekolahan.
Sekarang ni adik dah jadi senior. Dah semakin kurang dengar kisah-kisah kurang menarik adik dan senior di asrama. Setiap kali adik call, pesanan yang tak terlepas di mulut ialah - jangan sesekali mengusik adik-adik junior, bantu mana yang perlu. Tak mahu dah dengar kisah senior buli junior. Kadang-kadang kita rasa gurauan tapi yang menerimanya anggap lain.
Tahun ni juga harap-harap tak adalah barang-barang adik yang hilang lagi. Setiap tahun kisah barang hilang memang tak pernah tak ada. Tahun lepas sahaja, baju sekolah, sandal, jam tangan, track suit antara barang-barang adik yang hilang. Jenuh yer nak ganti balik.


3 Comments
Sy baru sorang lepas SPM. Adik³ nya 2 org di asrama, seorang lagi di sekolah rendah. Alhamdulillah semuanya bersemangat nak kembali ke sekolah/asrama.
ReplyDeleteMudah-mudahan tercapai cita² si bongsu 🤲🏻
tak sbr nak abis sekolah..tinggal 2 tahun lagi tu..semoga berjaya sampai ke menara gading..cerita masuk skolah 2026 ni..anak sha yg gurl tu pra sekolah tiba2 nak naik darjah 1 sebab bestie smua darjah 1..mengadap la ari2 kena tanya bila nak naik darjah 1..huhh
ReplyDeleteAnak saya walau masih sekolah, tp dah besar kak. Jadi dah tak ada drama masuk sekolah menangis 😂😂. Tp memang dari dulu saat masuk tadika pun tak ada menangis. Mungkin Krn sudah diajarkan jauh2 hari oleh babysitter mereka, bahwa di sekolah bisa bermain. Jadi mereka semangat memang.
ReplyDelete