Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih.  Aduh tajuk pun ikut apa yang terlintas di kepala saja. Banyak sangat nak cerita tapi selalu tertinggal untuk update kat sini.  Kadang-kadang teringin nak makan yang lain daripada kebiasaan.  Tambahan pula bila tengok ada bahan yang masih tersimpan dalam peti sejuk.  Sebelum restok yang baru, kena pastikan stok minggu sebelumnya habis digunakan.

Kali ni ada stok isi ikan yang akak tak ingat nama ikannya.  En suami beli masa ronda-ronda di Aeon hari tu.  Cadangnya nak buat fish n chip tapi asyik tertunda sahaja.  Disebabkan kebelakangan ni agak kerap hujan, jadi perut ni asyik selalu meminta-minta untuk diisi.  Hari hujan memang malas sangat nak keluar cari makan di luar.  Godek-godek sahaja apa yang ada di rumah.

Teringatkan isi ikan ini, defrost dahulu sambil en suami bancuh tepung.  Akak pula cari bahan-bahan yang boleh dijadikan sos cicahnya.  Isi ikan goreng sedap kalau dicicah dengan sos lemon putih.  Ada mayonis, ceaser sos, lemon, jeruk timun, cukup untuk jadikan sos yang sedap.  Jeruk timun (pickle) potong dadu kecil, tak perlu banyak, guna separuh sahaja . Pickle ni memang sentiasa ada stok di rumah, beli sebotol terus simpan dalam peti sejuk.

Campurkan mayonis, sos ceaser, perahan lemon dan potongan pickle tadi dan gaulkan. Dah siap sos cicahannya.  En suami ambil part goreng isi ikan. 

menu ringkas, kudapan hari hujan, western, resipi ikan

menu ringkas, kudapan hari hujan, western, resipi ikan

Siap untuk dimakan.  Sepinggan isi ikan untuk alas perut kami empat beranak.  Makan panas-panas memang sedap.  

Apa aktiviti korang hari ni? Hujung minggu ni agak padat aktiviti akak dan suami.  Moga dipermudahkan urusan semua. Nanti akak sharing lagi yer, nak kena bersiap-siap ke Ipoh pula untuk ziarah anak saudara yang baru terlibat dengan kemalangan jalanraya.  

Hati-hati korang walau di mana juga berada!




0 Comments