Paling Mudah Bila Dah Lapar.   Kebelakangan ni memang akak ni agak sibuk dengan macam-macam hal.  Sampaikan nak update blog sendiri pun tertangguh-tangguh.  Terima kasih pada yang terus sudi singgah di sini.  Pelan-pelan akak singgah 'rumah' korang yer.  Hari ni nak update yang ringkas aje sesuai dengan tajuk entry .

Korang pernah tak rasa bila tengah penat buat kerja atau tengah serobut memikirkan kerja yang macam-macam, tiba-tiba perut korang berbunyi-bunyi lapar.  Mesti pernah kan.  Samalah dengan akak ni.  Nak luang masa memasak, masa agak terhad.  Nak order pun kadang-kadang menu sama saja, jemulah pulak.  Paling mudah, akak akan masak nasi, buat sambal bilis campak-campak dan telur dadar.  Sambal bilis tu bukan macam sambal nasi lemak tau tapi sambal bilis guna cili padi. Haaaa....berasap !!!


menu ringkas, sedap di makan, menu sedap

Inilah sambal bilisnya.  Bahan pun yang mana ada sahaja. 

Ikan bilis - digoreng garing
bawang merah, bawang putih cili padi, cili merah - dipotong dan digoreng sekejap. Selepas tu, angkat dan dan toskan. Masuk dalam lesung dan tumbuk separa halus.  Campurkan sedikit garam, gula, perahkan sedikit limau.  Kacau dan campurkan dengan bilis goreng tadi.  Siap untuk dimakan.


menu ringkas, sedap di makan, menu sedap

Bagini saja menu bila dah lapar.  Ada daging sup di situ, lebihan makan malam semalam. Jomlah korang share menu ringkas dan cepat disediakan, nanti akak terjah blog korang.


8 Comments

  1. Lauk yang paling ringkas dan cepat, tapi itu yang paling sedap. Silap- silap bertambah nasi nya.

    ReplyDelete
  2. ammi panggil tu sambal gesek

    ReplyDelete
  3. Sy panggil sambal goreng kalau gini kak :D Cuma sy tumbuk bahan dulu then baru tumis hehe. Gaul dgn nasi panas2 ni menambah nasi juga :D

    ReplyDelete
  4. Menu simple tapi sedap sampai kalau orang lalu belakang pun tak sedar ni, kak.

    ReplyDelete
  5. Saya catat dulu kak 😍😍😍😍. Ini kebetulan ada stok ikan bilis . tak habis2 😅😄. Mungkin saya buat begini saja. Sedaap nih. Apalagi kalo pedaaas. Bertambah nasi 🤭

    ReplyDelete
  6. Selera sambal bilis ni, kak. Saya pun pernah buat juga. Bahaya, boleh tambah nasi. Saya bila nak makan cepat dan lapar, rebus telur je, kak. Itu pun bukan rebus. Masuk dalam pengukus elektrik. Jadi, boleh biar je, tak yah tutup api. Maleh bebenor, kata orang Perak. 🤭

    ReplyDelete
  7. Sedapnyer sambal bilis.
    Selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
  8. Lauk ringkas macam ni, confirm bertambah2 nasi. Sedap sangat ni.

    ReplyDelete