Menu Pak Incik Malam Ini. Hari ini, Jumaat, macam biasa akak bekerja dari rumah. Tapi hari ini jadual sangat padat sebab akak kena attend system training seharian. Jadinya pagi-pagi lagi pak incik dah keluar mencari habuan sarapan. Bila balik, terjinjing ditangan beberapa bungkus nasi lemak dan kuih orang lama. Biasanya kalau ada nasi lemak, makan tengahari memang semua akan skip.
Menu Orang Kampung
Bila semua dah ke masjid menunaikan solat Jumaat, akak pun cepat-cepatlah angkat baju, ampai baju, kemas mana yang sempat. Buat menu ringan-ringan buat alas perut. Petangnya pak incik ke pasar malam. Bawa balik ikan temenung, sotong, kangkung dan beberapa barang lain.
Selesai waktu kerja, akak pun cepat-cepat lah menyiang ikan dan sotong. Asingkana mana yang nak masak, selebihnya disimpan. Pak incik masuk dapur sambil di tangan segenggam batang sayur asin-asin dan daun kari. Teringatkan baki ubi keledek hari tu. Haaa....dah tahu dah menu apa malam nanti.
Tang tung tang tung la akak siapkan semua bahan sambil pak incik mula memasak. Lebih cepat begini daripada buat sorang-sorang. Target nak makan selepas solat maghrib.
Maka terhasillah menu kampung pak incik malam ni. Keledek, daun asin-asin masak lemak kuning, ikan tongkol dan temenung goreng, kari sotong, sambal belacan dan kangkung celur dengan potongan nenas. Sambal belacan tu abang irfan yang sediakan.
Masak lemak kuning keledek dengan daun asin-asin ditambah dengan beberapa ekor udang. Kalau ada lauk ni memang kena ada ikan goreng dan sambal belacan. Bila ada sambal belacan kena jugalah ada ulam-ulaman.
Kari sotong ni lauk tiba-tiba jadi. Asalnya tak tahu nak masak apa, tiba-tiba datang ilham pak incik nak makan kari sotong. Kuahnya buat sedikit pekat. Lebihan kuah, akak simpan, esok-esok boleh campakkan sotong atau pecahkan telur.
Ikan goreng mesti kena ada. Ikan tongkol goreng ni paling sedap kalau makan dengan masak lemak. Akak suka ratah .
Dapat juga seplastik buah kundang ni pak incik beli di pasar malam. Dah lama teringin nak makan buah ni, tapi harganya boleh tahan juga. Inipun pak incik kata sekilo RM25. Mujurlah buahnya besar dan manis.
Begitulah kalau tiba-tiba pak incik ambil alih tugas di dapur. Menu kampung memang selalu jadi pilihan. Anak-anak pun suka makan.
Esok cuti dah. Akak pun sambung cuti beberapa hari minggu depan. Apa plan korang hujung minggu ni?
22 Comments
Aduh sedapnya kundang tu.
ReplyDeleteSedap yang ni tak masam dan manis sangat.
DeleteSedap² betul menunya...
ReplyDeleteBila bekerjasama mcm ni, cepatlah siap kerja memasaknya kan Kak 👍🏻
Biasanya inilah cara kami setiap kami menyediakan juadah makan, kalau sorang-sorang memang lambat jadinya. Bila berdua cepat siap dan kemas sekaligus.
DeleteAlhamdulillah.. Sedap2 menunya
ReplyDeleteAlhamdulillah menu simple simple ja
Deleteberdua lebih baik...cepat kerja...ooo..bertiga..sambal belacan by abang Irfan...sedap2 semuanya...mmg harga buah kundang mahal giler...pernah tanya..RM30 sekilo..
ReplyDeleteYa, bahagi-bahagi kerja. Makanan siap, dapurpun siap kemas.
DeleteSedapnya menu kampung mcm ni..
ReplyDeleteEn suami memang suka makan menu kampung.
DeleteLihat menu kampung begini, rinduuu sangat nak pulang rasanya 😭😭😭. Dulu mama suka buat juga. Simple tapi menu seperti inilah yg paling sedap kak 😍❤️
ReplyDeleteDan selalu bikin saya rindu dengan rumah.
Hubby akak suka masakan kampung yang simple simple. Jadi memang kami kerap dengan hidangan kampung di rumah. Anak-anak pun suka.
DeleteSedapnya, lauk macam ni. Selera makan ni.
ReplyDeleteSaya berehat di rumah saja di hujung minggu. Jet lag tak habis lagi.
Betul, menu kampung memang menyelerakan.
Deletelama tak makan daun pucuk manis tu Azie, sedap kan sini payah nak jumpa , aah kat kampung dulu mak panggil pucuk nenasin hehe :)
ReplyDeleteKat rumah ni mujur ada sedikit ruang bolehlah tanam serba sedikit tanaman yang digemari.
DeleteSedapnyaaa menu lauk pauk kampung Gini...
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok bila semua suka.
DeleteAdui... teringin masak lemak kuning keledek la pulak!
ReplyDeleteAduh...cepat cari keledek minta aunty masakkan.
Deletewaduh waduhhhh sedapnyaaaa kari sotonggg
ReplyDeleteCukup rasa, sedap.
Delete