Buat Salmon Grill Cara Kami.  Penghujung cuti sekolah baru ni, tiba masa hantar anak teruna balik asrama.  Kami keluar awal untuk mengelak kesesakan lalulintas di lebuhraya. Bila bertolak awal bolehlah bawa ronda-ronda mall kejap.  Kami singgah di Aeon Taiping, ronda-ronda ternampaklah ikan salmon baru dipotong-potong untuk dijual.

Aduh dah lama kami tak makan salmon grill. Melihatkan harganya, bolehlah nak beli. Tak banyak pun, beli empat potongan ikan untuk kami berempat.   En suami kata, kita buat sendiri jelah salmon grill. Maka cari pulaklah bahan-bahan tambahan sebagai pelengkap.  Senang je yer nak buat salmon grill cara kami ni. 

Bahan yang korang perlukan :  

ikan salmon yang dah dipotong
1 bekas salad campuran (akak beli kat Aeon satu pack salad campuran ni, senang kerja, tentu tak membazir)
Roti - beli dinner bread, tapi tak kisahlah roti apapun, beli roti yang korang makan
Jagung - setongkol jagung tu kerat 2.
Mayonis - beli yang pack aje, kalau beli sebotol kadang-kadang sampai expired tak habis guna
Limau nipis - 2 biji sederhana besar, ambil air perahannya
3-4 ulas bawang putih
1 sudu makan minyak masak - kalau ada minyak zaitun lagi bagus
lada hitam - oleh kerana tiada lada kisar , maka kenalah tumbuk sendiri, kalau ada yang kisat (bukan yang halus yer) boleh je gunakan.

Cara nak buat pun senang yer kawan-kawan:

Mula-mula basuh ikan dan tos sebentar.  Ambil lada hitam yang korang dah tumbuk tadi dan sedikit garam, lumur la atas kepingan ikan tadi.  Biarkan sebentar.  Panaskan pan dengan sedikit minyak masak atau minyak zaitun (sedikit je tau, sekadar nak bagi lembab-lembab atas pan tu. Nanti bila dah letak ikan, minyak ikan tu akan keluar.  Bila pan dah panas, boleh la korang letakkan ikan tadi atas pan.

Jagung bolehlah direbus. Nak mudah, potong dua siap-siap dan rebus.  Sambil-sambil tu korang bolehlah sediakan pinggan hidangan, letakkan roti dan salad siap-siap.  Biasanya salad campuran yang dijual dalam pack tu ada disertakan dengan sos. Korang bolehlah gaulkan siap-siap sos salad dan letak dalam pinggan hidangan.

Cara buat sos lemon/sos masam :

Kalau makan salmon grill, kena gandingkan dengan sos lemon ni. Cara nak buat pun senang aje. Oleh kerana kat rumah tiada lemon, akak gunakan limau nipis sahaja.  Mula-mula panaskan sedikit minyak, masukkan 3-4  ulas bawang putih.  Masakkan bawang putih ni sampai agak-agak lembek boleh dilenyek-lenyek sampai hancur.   Lepas tu campurkan dengan mayonis dan juga perahan limau nipis/lemon.  Kalau nak bolehlah masukkan sedikit garam.

Gaullah bahan-bahan tu sampai korang dapat rasa yang korang nak.   Ikan yang korang grill tadi jangan pulak lupa balik-balikkan dan jangan biarkan sampai kering.  Angkat dan letak dalam pinggan.  Dalam pan tadi mesti ada lebihan minyak ikan so korang boleh curahkan sedikit minyak tu atas ikan . Letaklah sos masam yang korang dah buat tadi.

Dah siap ! Masa penyediaan yang kami ambil tak sampai setengah jam pun.  Kenyang yer dapat sepinggan ni.  


masak salmon, western, mudahnya masak western, makan keluarga, menu cepat siap

masak salmon, western, mudahnya masak western, makan keluarga, menu cepat siap

Lepas ni buat sendiri ajelah bila nak makan.  Makan pun puas, jimat la jugak daripada makan di kedai. Bahan pelengkap pun korang boleh pilih sendiri mana yang korang nak.  Contohnya boleh guna roti garlic, boleh buat coleslow ataupun boleh letak kentang goreng.  Semua pilihan di tangan anda!


9 Comments

  1. Eat clean ni. Banyak khasiat ikan salmon ni. Dah lama juga tak buat.

    ReplyDelete
  2. nampak lagi special dari restoran..puas hati dapat masak sendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali layan, bolehlah. Nak makan salmon kat kedai pun boleh tahan juga harganya.

      Delete
  3. sedapnya...puashati masak sendiri...

    ReplyDelete
  4. Confirm sedap ni Kak ...
    Lama tak beli salmon, rasa nak pi cari jugak la :D

    ReplyDelete
  5. fuhhh mantapppp!!!
    kompem sedap niii

    ReplyDelete
  6. Saya seminggu ini dah buat menu masak, dan full western foods. Salah satunya salmon panggang 😄😄. Memang lagi mudah dan murah buat western foods. Tak payah banyak bumbu , santan dll. Makanya saya selalu prefer masak simple macam ini.

    ReplyDelete
  7. Sedap sangat nampak menu ni. Memang lagi jimat buat sendiri kan.

    ReplyDelete