Hantar Barang Ke India Melalui Kargo.  Diam tak diam dah masuk tahun kelima abang Irfan menimba ilmu di India.  Makin hari makin padat jadualnya dan makin kurang hari cutinya.  Tak lama dah, tak sampai setahun lagi nak menamatkan pengajian.   Baru ni balik Malaysia untuk menjalani latihan pendek di hospital. Dapatlah ibu ayah melayan selera dia sekejap.  Sebelum balik semula ke sana, sempatlah menyusun atur barang-barang tambahan minta dihantar ke tempat pengajian. 

 Kebanyakannya adalah bahan-bahan masakan yang susah nak dapat di sana.  Ibu ayah layankan saja.  Nak mudahkan perjalanan pulang ke kolej, barang-barang tambahan tu kami hantar kemudian.  Sempat jugalah kawan-kawan tumpang sekali.  

Setakat ni, ini adalah kali kedua kami menghantar barangan keperluan tambahan ke India. Kedua-duanya menggunakan khidmat kargo laluan laut.  Kenapa pilih laluan laut? Ianya lebih murah daripada laluan udara.  Bezanya, lambatlah sedikit nak sampai ke kolej. Kalau melalui laluan udara, dalam masa 3-4 hari dah boleh sampai. Laluan laut ni boleh ambil masa sampai sebulan barulah sampai pada penerimanya.  So, kena pastikan barang-barang yang dihantar adalah jenis tahan lama. 


kotak keriangan, kargo laut, hantar barang, kurier antarabangsa

Penghantaran melaui kargo laut biasanya ada minima timbangan berat yang perlu dipatuhi. Kami nenggunakan khidmat penghantaran syarikat ST Cargo. Penghantaran melalui laluan laut, had minima penghantaran adalah 15 kg dengan harga RM23/kg.  Kalau nak hantar banyak memang berbaloi la. 

  Syarikat ni dah memang tahu dah kalau korang tanya tentang penghantaran barang ke India. Sebut sahaja India, mereka akan terus tanya…is it medical collage? Mesti ramai parent yang gunakan khidmat penghantaran ini.

Awalnya, kami buat packing sendiri. Pengalaman masa penghantaran kali pertama, semua barang yang masukkan dalam kotak, perlu disenaraikan jenis dan kuantitinya. 

kotak keriangan, kargo laut, hantar barang, kurier antarabangsa

En suami yang uruskan penghantaran ni.  Mujurlah ST Cargo ni ada cawangannya di Pulau Pinang, mudahlah kami nak hantar.  Kalau tidak kenalah ke Kuala Lumpur.  Rupanya sekarang ni, penghantaran perlu gunakan kotak yang syarikat sedidakan.  So, kenalah en suami repack semula barang-barang tu.  Lepas repack, tak perlu dah lekatkan nama penerima di kotak seperti penghantaran barangan di sini.  Setiap kotak akan ada label dan penghantaran ke lokasi adalah berdasarkan label di kotak tersebut.

kotak keriangan, kargo laut, hantar barang, kurier antarabangsa

Sebelum ni, senarai barang perlu ditulis semula dalam borang yang disediadakan.  Sekarang ni tak perlu tulis tangan, kena masukkan dalam system.  Nampaklah lebih tersusun.  Tak lamapun prosesnya. 

Selesai dah penghantaran, tunggulah lebih kurang 3 minggu sampailah pada penerimanya.  Ada juga lain-lain kurier yang boleh digunakan. Cuma kalau nak cepat sampai, kenalah keluar lebih sikit untuk kos penghantaran.  Penghantaran kali ini, bolehlah Irfan simpan untuk kegunaan bulan puasa dan syawal nanti.  






 

2 Comments

  1. Semoga selamat sampai parcelnya ke India. Mesti anak tu seronok dapat stok makanan yang susah nak dapat di India.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menunggu jugak khabar berita ni. Masih dlm perjalanan laut agaknya. Biasanya hampir sebulan atau lebih baru sampai.

      Delete