Staycation di DoubleTree by Hilton, Melaka. Dah lama tak buat staycation di mana-mana semenjak covid meledak. Musim covid, kalau staycation dengan jumlah ahli keluarga akak ni, sepatutnya kena booking dua bilik walaupun bilik luas, atau paling mudah family room. Staycation di Melaka kami buat masa pulang ke kampung selepas 2 minggu rentas negeri di buka semula. Sebelum ke sana, ke sini, kita utamakan berjumpa keluarga dulu. Kebiasaan kami, memang akan stay semalam di mana-mana hotel yang sesuai untuk santai-santai di bandar sebentar. Semenjak penutupan hotel EQ Melaka, akak tercari-cari hotel yang sesuai dengan citarasa kami, sampailah kami jumpa DoubleTree By Hilton ni. Suasana menghampiri EQ, selain daripada bilik yang agak luas, hidangan sarapan pagi yang menarik membuatkan akak dah remark hotel ni sebagai pilihan pertama di Melaka. Entry kali ni banyak gambar nak kongsikan.
Akak suka hiasan di luar bangunan ni. Cantik!
Santai-santai Di DoubleTree by Hilton, Melaka
Terletak di Bandar Hilir, Melaka. Lokasinya bukanlah `walking distance' dengan Dataran Pahlawan, Bukit St Paul, Jonker Street dan yang berhampiran tetapi kalau korang tak kisah untuk berjalan boleh je. Berjalan santai-santai sambil menikmati suasana sekitar. Walau bagaimanapun , akak lebih prefer menaiki kenderaan. Sepatutnya bersebelahan dengan hotel ini, ada mall. Tetapi disebabkan covid, mall tidak dapat beroperasi. So kalau korang memang berniat nak bersantai-santai rehatkan badan, bolehlah stay sini.
Urusan check-in tidaklah mengambil masa panjang sebab kami pilih pertengahan minggu so orang tak ramai. Di sini sangat strict yer semasa musim covid ni, satu bilik untuk 2-3 orang sahaja. Oleh kerana kami berlima, terpaksalah ambil 2 bilik berdekatan. Ada kemudahan connecting room tapi masa akak booking, connecting room dah penuh jadi minta mereka carikan bilik yang berhampiran, nasib baik ada. Di sini, signal wifi sangat okay jadi mudahlah untuk kakak dan adik join kelas online. Salah satu sebab juga alasan kami pilih lokasi ini.
Hotel ini boleh akak katakan ada dua lobby. Satu di tingkat bawah, ruang untuk angkat beg dan tunggu kenderaan daripada parking space dan satu lagi di tingkat atas (terlupa sudah tingkat berapa)iaitu ruangan untuk check in/check out dan ruangan rehat-rehat lepas makan. Kedua-dua lokasi ini sangat menarik dengan hiasan yang simple dan minimalis.
Ruangan lobi di tingkat bawah. Di sini boleh jadi ruangan menunggu yang selesa.
Hiasan bahagian atas pun simple sahaja. Di tingkat bawah ini tiada urusan check/check out jadi tidak kelihatan ramai.
Yang ini pemandangan daripada lobby tingkat atas. Sambil tunggu urusan check in, anak-anak bolehlah menikmati pemandangn menarik di sini. Inilah antara deretan kedai-kedai yang ada di Melaka Raya. Akak suka tengok pemandangan langit luas seperti ini. Langit memberikan pelbagai jenis warna biru.
Kami booking dua bilik, bilik pertama 2 single bed dan satu lagi king bed. Bilik kami berselang satu bilik, okay lah kejap-kejap berkumpul di bilik kami, kejap lagi pulak berkumpul di bilik anak-anak. Moralnya, lain kali kena booking lebih awal supaya boleh dapat connecting room.
Bilik di Double Tree by Hilton ini agak luas, kalau bukan musim covid rasanya akak sumbat je semua dalam satu bilik. Tapi kita kena patuh SOP dan peraturan yang pihak hotel telah tetapkan.
Musim pendamik, soal keselamatan penghuni memang jadi top priority untuk segmen perhotelan ni. Sebelum masuk bilik, pastikan ada pelekat ni dipintu masuk. Lepas scan kad bilik, pelekat ini akan terputus, menunjukkan bilik telah dibersihkan dan disanitasi sebelum penghuni baru boleh masuk. Okay sekarang akak share pula gambar-gambar dalam bilik yang kami booking.
Bath tub di bilik kakak. Bilik kami tiada bath tub. Seronoklah si kecil, kejap-kejap terjun masuk tub.
Ini bilik kami. Di sini, tempat mandi dan tandas berasingan so kalau terkejut tergempar tak tahan nak membuang tu memang tak risau, pandai-pandailah tutup pandangan ..hehehe
Seperti hotel-hotel lain, part ni memang ada. Tapi biasanya kami tak gunapun sebab dah kurang dengan air manis-manis tambah-tambah nescafe tu memang tak boleh minum dah.
TV besar. Sebelah TV ada meja kerja. Since kami datang weekdays, anak-anak masih ada pdpr so sangat bergunalah meja kerja ni.
Kami dapat bilik 2 single bed. Selesa, luas dan ruang tepi dan hadapan juga agak besar. Macam akak beritahu tadi, kalau bukan musim kovid, akak bawa toto saja untuk anak-anak.
Toileteries complete. Suka buat collection.
Selain daripada bilik, pemilihan lokasi juga akak tengok pada kemudahan yang ada. Bila bawa anak-anak terutama si kecil, dah tentu port utama mesti ada swimming pool. Musim pendamik ini, kena booking masa untuk terjun kolam. Sepatutnya info ini dimaklumkan semasa check in tapi mungkin kalut sikit masa check in, petugas mungkin terlupa. So bila akak bawa dik wan ke kolam, tak dapatlah nak maklumkan masa booking. Tapi since weekdays, dan yang nak terjun tu dik wan sorang saja, kolam pun tak ramai yang ada jadi lepaslah kami.
Tak ingat juga di tingkat berapa kolam ni. Tak la besar sangat tapi ada ruang untuk dewasa dan kanak-kanak. View daripada kolam memang cantik. Satu lagi kelebihan check in weekdays, kolam kita punya!!
Cantikkan ? Akak suka sungguh duduk di tepi kolam ni sambil layan view. Bagi sejam masa dik wan layan berenang. Kakak jadi life guard, mak layan view hehehe.....
Satu lagi tarikan untuk akak repeat stay ialah hidangan breakfast. Bilik yang kami booking beserta dengan 3 pax breakfast. So cukup untuk kami berlima. Masa check in kami dah pilih waktu breakfast jam 7 pagi - 8 pagi. Korang diberi pilihan waktu selama 1 jam. Masuk tempat makan pun dengan SOP yer. Lepas bagitau no bilik, korang akan dibekalkan dengan sarung tangan dan pastikan korang pakai face mask. Cari meja makan yang boleh fit kami berlima. Sambil cari meja mata menjeling tengok makanan yang disediakan. Banyak pilihan, hidangan dikeluarkan sedikit-sedikit dan sentiasa ditambah. Itu yang akak suka !
Pilihan kuih dan pastri yang ada
Pilihan anak-anak dara. Suka sungguh mereka dengan hidangan begini. Pengaruh kpop ka? Layankan saja.
Menu pilihan adik wan. Telur memang tak pernah tinggal. Dapat telur, baru muka ada senyum !
Lepas makan, masuk bilik semula sebab kakak ada online kelas. Sementara tunggu kelas habis, mak rehat-rehat dulu. Selesai semula baru lah bergerak ke rumah atok.
Keseluruhannya, kami suka dan puashati stay bermalam di sini dan boleh repeat lagi next time balik kampung. Oleh kerana dah tersuka, maka akak pun registerlah sebagai ahli Hilton Honors. Macam-macam kelebihan yang ada. Korang bolehlah ke website
Hilton Honors ni dan baca lebih lanjut.
Apa plan cuti hujung tahun korang?..Jom share..
6 Comments
Berapa harga satu malam?
ReplyDeleteKurang daripada RM300 kalau termasuk breakfast. Tapi kena tengok juga tarikh booking. Saya booking terus melalui website hotel.
Deleteselalunya kalau hari biasa murah kan kak azi...seronok la budak- budak bleh mandi kolam kan....
ReplyDeleteya..kalau nak lebih selesa bercutilah dihari kerja.
DeleteSelamat beriadah dan beristeri rehat
ReplyDeleteterima kasih
Delete