Rehatkan Minda Menikmati Senja Di Pulau Sayak.  Hujung minggu selalunya kami akan ambil kesempatan cari lokasi-lokasi menarik dan tidak sesak untuk dikunjungi.  Hari-hari terperam kat rumah pun kadang-kadang boleh jadi stress juga.  Kena cari aktiviti lain sekiranya berkesempatan.  Hujung minggu lepas akak tersebut kat suami nak cari mee udang.  Biasanya kalau terasa nak makan mee udang, dua lokasi yang biasa dikunjungi iaitu Teluk Kumbar, Pulau Pinang atau Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah.  Kedua-duanya mengambil masa dalam sejam perjalanan biasa.  Oleh kerana malas nak bersesak melintas jambatan Pulau Pinang, kami pilih ke Pulau Sayak sahaja.  Lagipun di sini, selain daripada nak cari makan, akak suka tengok suasana senja tepi laut.

Korang mesti biasa dengan nama Pulau Sayak kan terutama di bulan Ramadhan kerana ini adalah salah satu lokasi untuk tengok anak bulan menjelang puasa atau raya.  Nama sahaja Pulau Sayak, tapi tak perlulah naik bot untuk ke sana sebab ianya terletak di sebelah tanah besar dan tidak berjauhan dengan Pantai Merdeka. Pulau Sayak terletak lebih kurang 30km daripada Sungai Petani.   Kalau korang nak ke Pantai Merdeka, bolehlah cuba singgah di Pulau Sayak ini untuk cari mee udang.  Ada beberapa gerai dan kedai makan yang menghidangkan mee udang yang sedap juga.  Biasanya kedai-kedai ini terletak berhampiran laut.  Korang boleh menikmati makanan sambil dengan bunyi ombak.

Kami singgah di kedai Azilah Mee Udang.  Secara kebetulan nama sama pulak. Kedai ni kena turun sedikit daripada laluan utama dan betul-betul tepi laut tapi korang tak bolehlah main air laut sebab kawasannya sedikit tinggi dan berbatu.  Kenapa akak pilih kedai ini?  Kat sini dapat tengok pemandangan senja yang cantik dan ada kemudahan tempat solat yang selesa.  Sebenarnya di tepi kedai makan ni ada homestay yang mungkin kepunyaan tuan kedai. Homestay ni dijadikan tempat solat. Bolehlah bergilir-gilir. Mee udang dan menu lain di sini, okaylah kena dengan selera. Kalau orang tak ramai, tak perlulah tunggu lama sangat.

Senja Yang Cantik

Akak share gambar-gambar yang sempat diambil kat sini.  

suasana alam, senja nan merah, tempat rehat, rehatkan minda

Kali ni dapat tengok warna langit jingga.  Sebelum tiba di sini, langit nampak biru cantik sangat. Tapi akak tak sempat nak ambil gambar sebab terpesona dengan keindahan alam waktu itu.  Tak pernah lagi ada kesempatan melibat langit seindah itu.


Semakin menghampiri senja.  Di hujung sana, korang boleh nampak bangunan-bangunan tinggi di bahagian pulau, Pulau Pinang.  Waktu siang lebih jelas sekiranya cuaca elok.  Hari kami datang ni, hujan turun walaupun tak lebat.

suasana alam, senja nan merah, tempat rehat, rehatkan minda

Ni dari tempat duduk dalam kedai.  Cantik sangat.  Bila ambil gambar nampak macam backgroud kat studio pula.  Oleh kerana orang agak ramai masa ni, tak dapatlah nak posing sangat.  Hmm...takpa lain kali memang plan nak datang lagi....Sorry korang takde gambar makanan kali ni. Lain kali akan share makanan pulak yer...




0 Comments