5 Resipi Menarik Untuk Peminat Kerabu. Ada tak peminat kerabu kat sini?  Kalau ada, mai akak nak kongsikan lima resipi kerabu yang sedap.   Kerabu ni atau kata lain macam salad la juga.  Ada yang suka jadikan salah satu menu dalam hidangan makanan dan ada juga yang suka meratah begitu sahaja.  Kerabu juga antara menu sihat yang boleh dipraktikkan dan ia juga antara pembuka selera.

Orang Melayu kalau sebut kerabu mesti antara yang disebut ialah kerabu mangga, kerabu taugeh, kerabu kacang boto dan sebagainya. Ada banyak kan !  Antara kerabu kesukaan akak pula ialah kerabu ikan bilis, kerabu sotong, kerabu taugeh kerang dan kerabu daun selom. Oleh kerana suka, akak cari dah kongsikan resepi kerabu kesukaan akak ni sebagai rujukan bersama.  Manalah tahu akan datang, boleh juga anak-anak jadikan blog ini sebagai bahan rujukan.  Terima kasih tau untuk korang yang share resipi-resipi menarik kerabu-kerabu ni.

5 Resipi Menarik Pelbagai Jenis Kerabu

1. Kerabu Belimbing Buluh & Daun Selom

Sumber : Laili Adam
kerabu, salad sedap, kerabu sedap, menu ringkas, menu sihat, penambah selera makan

Bahan-bahan

1. Belimbing buluh *
2. Daun selom *
3. Bawang besar *
4. Bunga kantan *
5. Kelapa parut
6. Belacan
7. Cili padi
8. Cili merah
9. Isi ikan termenung rebus
* dihiris

Cara Memasak

1. Tumbuk kelapa parut, belacan, cili padi dan cili merah.
2. Campurkan semua bahan dengan bahan yang ditumbuk di atas. Perasakan dengan garam. Belimbing buluh bila dah jadi kerabu tak masam pun.

2. Kerabu Kerang

Sumber : MyResepi

Bahan-bahan

1. Kerang - 1kg (Bersaiz besar)
2. Pucuk paku hijau - 1 ikat (dipotong kasar)
3. Kerisik - 1 sudu makan
4. Santan pekat - 1/2 cawan
5. Jus limau kasturi - 3 biji
6. Bawang besar - 1 biji (dihiris)
7. Cili api - 10 biji **
8. Cili merah - 3 biji **
9. Belacan **
10. Garam
** dikisar bersama

Cara Memasak

1. Rebus kerang dengan sedikit ait dan garam selama 5 minit. Kemudian tus dan amik isi kerang.
2. Petik bahagian daun hijau pucuk paku, basuh dan rebus dengan garam sehingga lembut. Kemudian tuskan.
3. Masukkan semua bahan dan gaul rata. Sedia dihidang.


3. Kerabu Ikan Bilis


Bahan-bahan

1. Ikan bilis - digoreng
2. Jus lemon - 1 biji
3.  Jus limau kasturi - 6 biji
4.  Sos ikan - 3 sudu besar
5. Garam dan gula secukupnya
6. Bawang besar - 1 biji **
7. Daun limau purut - 5 helai **
8. Kacang panjang - 5 batang **
9. Bunga kantan - 1 batang **
10. Cili padi - 6 biji **
11. Serai - 3 batang **

** dihiris

Cara Masakan

1. Satukan jus lemon, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan ikan bilis dan bahan-bahan yang dihiris. Kacau rata.

4.  Kerabu Sotong

Bahan-bahan

kerabu, salad sedap, kerabu sedap, menu ringkas, menu sihat, penambah selera makan
sumber gambar : http://denai.my/

1. Sotong - 1/2 kg
2. Bawang besar - 1 biji (dihiris)
3. Bawang putih - 4 biji
4. Cili padi merah & hijau - 8 biji
5. Limau nipis - 2 biji
6. Nisey thai - 1 sudu (boleh ganti dengan gula biasa jika tiada)
7. Sos ikan - 2 sudu
8. Tomato - 1 biji
9. Sedikit daun ketumbar

Cara Masakan

1. Rebus sotong seketika. Angkat dan tos. Simpan 1-2 sudu air rebusan sotong.
2. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan air rebusan sotong 1 sudu.
3. Masukkan nisey thai, sos ikan. Gaul sebati. Perah air limau nipis ikut tahap masam yang dikehendaki.
4. Tambah bahan perasa mengikut kesesuaian. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos dalam bekas. Masukkan bahan yang tumbuk tadi dan gaul rata sehingga mesra cili dan sotong tadi.
5. Tabur tomato yang telah dipotong dadu dan daun ketumbar yang telah dihiris halus. Gaul sebati. Sedia dihidang.


5. Kerabu Epal Pegaga


kerabu, salad sedap, kerabu sedap, menu ringkas, menu sihat, penambah selera makan

Resepi mudah :

 Sebiji epal- hiris
Sebiji tomato - hiris
setengah biji bawang besar - hiris
segenggam daun pegaga - ramas-ramaskan
1 sudu kecil cuka epal
1 sudu kecil madu
sedikit garam & gula
1 sudu besar perahan limau nipis/lemon

Campurkan semua bahan di dalam mangkuk yang sesuai dan gaulkan.

##untuk elakkan hirisan epal menjadi hitam @ berubah warna, campurkan cepat-cepat air perahan limau nipis/lemon ke atas hirisan epal. 


Pelbagai sayran kampung yang juga korang boleh jadikan kerabu.  Kena gayanya, memang sedap dan boleh ulang-ulang makan. Sejujurnya, sebelum berkahwin dulu, akak memang bukan peminat sayuran mentah, apatah lagi jenis-jenis kerabu.  Tapi lepas berkahwin dan en hubby memang penggemar menu-menu begini maka secara tak sengaja, akak dah tersuka.  Sedap rupanya ! 

Pada korang yang 'elergic' dengan kerabu ni, korang kena cuba dulu baru tau hasilnya .

2 Comments

  1. Replies
    1. kerabu mangga pun sedap, kalau ada mangga muda memang tak miss buat kerabu mangga.

      Delete