Dine In Pertama Di Ikan Bakar Lubuk Pedati, Baling
Dine In Pertama di Ikan Bakar Lubuk Pedati, Baling. Ramai ke yang dah merentas negeri? Akak baru saja merentas ke Pulau Pinang, negeri sebelah je. Negeri jauh-jauh belum lagi. Tunggu giliran, planning dah siap dah, tunggu harinya sahaja. Kita merentas jumpa mak, ayah dan family dulu, baru fikir yang lain-lain. Tapi sementara tu, kita rentas-rentas daerah je pun dah cukup bahagia. Akak pun dah mula plan saki baki cuti yang agak banyak lagi untuk dihabiskan sebelum akhir tahun. Melalut.....hahaha...jom nak cerita dine in pertama akak selepas dapat kebenaran merentas ni. Ikan Bakar Lubuk Pedati terletak di Baling, Kedah. Kedainya di tepi sungai, sejuk je menikmati makanan di bawah pokok ditemani deruan air sungai. Singgah secara tak sengaja masa ikut en suami mengambil barang jualan di Baling. Perut lapar, kami cuma ushar kedai-kedai makan tepi sungai, terjumpalah kedai ini.
Tak pernah tahupun kewujudan kedai ni. Kalau tahu dah lama singgah. Lebih kurang sejam perjalanan ikut hadlaju dari rumah. Apa yang menarik di sini, ada pelbagai pilihan lauk pauk kampung. Dalam pelbagai pilihan tu, akak tersuka dengan lauk pajeri rebung. Sedapnya !! Rebungnya takde bau pun. Sebelum ni, en suami ada bercadang nak buat pajeri rebung tapi belum kesampaian lagi sebab rebungnya dah habis dibuat masak kari dan masak lemak. Rebung proses sendiri, tiada bau, sedap.
Lain-lain menu akak tak sempat ambil gambar sebab mengejar masa dan perut pun dah lapar. Selain nak cepat-cepat sebelum orang ramai. Fobia covid belum hilang lagi yer. Anak-anak pun belum pernah bawa dine in lagi.
Kedai Makan Ikan Bakar Lubuk Pedati, Baling, Kedah
Lokasi kedai ni agak tersorok daripada laluan jalan besar. Jalan masukpun muat-muat sebuah kereta, kalau berselisih pandai-pandailah korang bertolak ansur. Walaupun begitu, jalan diturap elok kecuali beberapa bahagian yang berlopak dan ada takungan air. Memandangkan sekarang ni boleh dikatakan hampir setiap hari hujan, jadi memang agak lecah tapi tidaklah di kawasan kedai makan.
2 Comments
Selamat menjamu selera
ReplyDeleteTerima kasih....lama tak makan kat luar..
Delete