Di Pantai Barat Semenanjung Malaysia ada 2 lokasi best, walaupun tepi pantai dekat pula Bandar. Memang terbaik cari homestay kat tempat ni. Sukamakanjalan.blogspot.com banyak kongsi homestay paling berbaloi disini. Alang alang  rentas negeri dah dibenarkan, ambil la peluang makan angin. Dapat hilangkan stress terperangkap lama di rumah, lepas tu boleh pula bantu jana ekonomi Negara kan. Ramai pengusaha homestay dan hotel di Malaysia sedang nazak sekarang ni angkara wabak covid 19 yang berpanjangan. Ramai terpaksa jual rumah yang dijadikan homestay sebab tak balik modal.  Elok jual je rumah tu dengan servis ejen hartanah, dari kena lelong dengan bank kan? Ingat senang nak buat homestay ni, nak hias rumah bagi cantik, lepas tu buat marketing panggil pelanggan. Tup tup jadi macam ni. Pening kepala tauke. Sekarang ni kebenaran dah diberi untuk rentas daerah dan sempadan negeri, jadi pastikan kita patuhi SOP sepanjang bermusafir tu, jangan keluar rumah saja habis campak belakang semua tu. 

Vistana Hotel Sesuai Untuk Percutian Keluarga Besar

Kita throwback satu lagi kisah masa cuti sekolah baru ni.  Selalu entry lambat nak update sebab tunggu gambar yang ada kat lokasi yang lain-lain.  Nak kena pilih belek mana yang sesuai, banyak sangat gambar kena sensored.  Okay kali ni akak nak cerita sedikit pilihan penginapan dan share dengan korang yang bercadang nak datang ke Pulau Pinang dalam jumlah yang besar dan kalau boleh tak nak tinggal di tempat yang lain-lain.  Biasanya orang akan pilih homestay sebab boleh masak-masak, rilek sambil membawang.  Tapi ada juga yang berminat nak pilih hotel.  Vistana Hotel adalah salah satu tempat yang sesuai untuk korang yang bercadang  datang dengan keluarga besar ke Pulau Pinang.  Selain daripada bilik hotel, terdapat juga apartment yang bersebelah sahaja dan di bawah selenggaraan pihak Vistana Hotel. Memang luas !

Meraikan anak saudara kawan akak yang mendirikan rumahtangga pada  cuti sekolah sebelum covid melanda, lamakan baru nak throwbacak sambil kemas-kemas album gambar.  Jumlah keluarga kawan akak tu hampir 50 orang ...ramai juga. Kalau boleh tak mahu bermalam di tempat yang berbeza, so kawan akak booked lah apartment di Vistana ni.  Akak pun tumpang semalam sebab ada family kawan akak tu tak dapat datang. Since dah siap booking dan bayar, daripada membazir kamilah yang kena jadi bidan terjun. Dah hampir 7 tahun tak bersua muka, memang angguk lajulah bila kawan akak offer. 

penginapan sesuai untuk ramai, lokasi penginapan menarik, bercuti ke pulau pinang, hari keluarga

Akak stay di apartment 3 bilik. Ni bilik pertama, agak luas sedikit daripada 2 bilik lagi.  

penginapan sesuai untuk ramai, lokasi penginapan menarik, bercuti ke pulau pinang, hari keluarga

Bilik kedua dan ketiga lebih kurang saiznya.  Ada katil saiz queen.  Ketiga-tiga bilik ni boleh juga tambah toto sebab saiznya yang agak luas. 

penginapan sesuai untuk ramai, lokasi penginapan menarik, bercuti ke pulau pinang, hari keluarga

Paling best sekali bila stay ramai-ramai ni ialah semua bilik ada toilet masing-masing. Cuma bilik yang ketiga, bilik airnya diluar bilik.  Jadi korang memang tak perlu berebut nak masuk bilik air.  Tak payah kacau bilik air bilik orang lain.  Selain itu, ruang tamunya juga luas. Ada satu lagi bilik kecil yang mengandungi peti ais kecil, tempat iron dan cerek air.  Kira macam mini dapur la cuma tiada tempat untuk memasak.  Memasak adalah dilarang yer.  Ruang makan juga disediakan dengan meja makan besar.  Tak ada pula gambar ruang tamu, mini dapur dan ruang makan yang proper.  Yang ada semuanya kena sensored.

Sambil Berehat Sambil Mencari Idea Deko

Apabila kita selalu berjalan dan bermusafir, akan banyak hotel, homestay dan tempat menarik yang kita akan lawat. Jadi, banyaklah idea dapat untuk kita hias rumah tu. Atau dari segi susun atur pelan rumah yang menarik (source: pelanbanglo123tingkat456bilik.blogspot.com). Penting tau kita merancang harta dan keluarga kita. Mana tahu kita dapat rezeki terpijak, dapat beli tanah sendiri dengan lot banglo kawasan yang cantik. Dengan view menarik, memang la mahal rumah tu lepas siap nanti. Boleh jadikan homestay, dah jana pendapatan pasif. Itu baru sikit perancangan tu, bila harta dah banyak ni, kena rancang pewarisan harta tu dengan betul. Dapatkan pandangan dan nasihat dari peguam syariah bertauliah. Sama ada nak gunakan instrument pewarisan wasiat, hibah ataupun faraid. Kena tau betul betul, anda boleh rujuk sumber dari blog Hafizah Haron Associate di laman web mereka (www.guamansyarie.com). Ramai sangat sanak saudara bergaduh kerana harta selepas kematian kita kerana kita tidak merancang sebaiknya. Eloklah beringat.


penginapan sesuai untuk ramai, lokasi penginapan menarik, bercuti ke pulau pinang, hari keluarga

Berbalik pada lokasi penginapan ini, apartment yang akak dapat adalah di tingkat 20. Tinggi sayup tapi ada pemandangan yang sangat cantik di waktu malam.  Lihatkan Penang yang pesat membangun.

penginapan sesuai untuk ramai, lokasi penginapan menarik, bercuti ke pulau pinang, hari keluarga

Untuk anak-anak, jangan risau, kat sini ada kolah renang.  Saiznya tidaklah besar tapi cukup untuk membuatkan si anak tersenyum kegembiraan.  Terletak di antara bangunan utama hotel dan apartment. Musim pkpb ni korang kenalah jaga SOP yer dan pastikan tempat itu memang boleh guna. Kalau kawasan larangan, korang buat posing-posing bergambar sajalah.


penginapan sesuai untuk ramai, lokasi penginapan menarik, bercuti ke pulau pinang, hari keluarga

Penginapan tidak termasuk sarapan tapi korang boleh je beli kupon sarapan di lobby.  Tapi area Vistana Hotel ni tak susah nak cari makan.  Yang paling hampir ialah Restoran Nasi Kandar Kayu Original.  Jalan kaki saja.  Kami sendiri pun asyik ulang alik saja ke restoran ni.  Kebiasaannya orang kalau datang Penang mesti nak cari nasi kandar.   Untuk sarapan pagi pula, korang boleh singgah di food court Taman Tun Sardon.  Ada macam-macam jenis makanan sarapan pagi di sini.  Lokasinya tidaklah jauh sangat,dalam 5-10 minit memandu kereta.  

So korang yang bercadang nak berhari keluarga di Pulau Pinang ataupun bercuti beramai-ramai ke sini pastikan Hotel Vistana ada dalam list pilihan.  Pastikan patuh SOP.  Jangan masuk kawasan yang dilarang.  Berehat dalam bilik apartment sambil bersembang pun puashati rasanya.  Lupakan sebentar hal kerja, rehatkan minda dan habiskan masa dengan keluarga dan teman dalam suasana ceria.





22 Comments

  1. memang luas bilik tu, puas hati duduk ^_^

    ReplyDelete
  2. wow! cantiklah..mmg sesuai untk big fmily ni :)
    https://denhanda.blogspot.com/2020/01/2020-harga-vaksin-influenza-makin-mahal.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau ramai boleh consider untuk pilih vistana ni. Selesa.

      Delete
  3. Cuti sekolah hari tu pun sha stay Vistana Kuantan. Cantik hotel tapi Kuantan takde apartment.

    ReplyDelete
  4. wah boleh masuk wish list ni manatau nak g melawat adik kat mpenang nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, kalau kakitangan gomen ada corporate rate.

      Delete
  5. Kalau tau awal2 kami boleh stay sini je.
    Sebab saya baru balik dari Penang and kami tinggal di Strait Quay Suite satu bilik tapi memang besar ada 4 katil.
    Tempat makan paling dekat nak makan is Dome and Starbucks, haiyoo...
    Next time pegi Penang, boleh lah stay Hotel Vistana pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah town tempat makan susah sikit kecuali kedai mamak. Kalau belah bayan baru selain daripada kedai mamak ada la juga pilihan lain.

      Delete
  6. bila sampai bilik hotel memang wajib tengok katil selesa ke tak dan semestinya tengok bilik air jugak ok ke tak. Nampak selesa sangat tu, best best heheheh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...2 tempat yang kena check dulu...katil dengan bilik air.

      Delete
  7. nampak selesa tempatnya.
    Ada kolam pulak tu

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. ralit tengok pemandangan luar belah malamnya.

      Delete
  9. Best tu hotel siapa ada swimming pool lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hotel dan apartment, tengah-tengahnya ada kolam. Sesuailah yang ada anak-anak sebagai tarikan.

      Delete
  10. Senang kan boleh breakfast kat taman tun sardon lagi 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Port wajib singgah bila ada di belah pulau waktu pagi. Kat sini ja ada macam-macam pilihan.

      Delete
  11. menarik.
    kerap dgr.
    tapi aida lom pernah stay sini.

    ReplyDelete
  12. penah dok skali time kecik2 dedulu hehe.. n iftar festime BU kat snila gituuu..

    ReplyDelete