Kuih Vadai Paling Mudah Nak Buat
Kuih Vadai Paling Mudah Nak Buat. Malam tadi teringin rasa nak buat kuih vadai atau ada yang panggil kuih dhal. Tengok dalam peti ais ada lagi baki kacang dhal. Kalau korang nak tahu antara kacang yang sentiasa ada stok kat rumah akak ni ialah kacang dhal. Selain buat kuih, korang boleh juga buat kuah parpu dan masak nasi dhal. Paling senang buat kuih vadai ni la.
Akak ingat pernah share resipi kuih vadai ni satu ketika dulu. Korek-korek balik entry lama, jumpalah juga, since pagi tadi akak buat kuih ni, jomlah akak repair dan share balik resipi kuih vadai ni. Manalah tahu kot petang nanti korang balik kerja teringin nak buat.
Sabtu lepas, masa pagi kemas dapur, basuh baju, ternampak stok kacang dhal yang dah tinggal beberapa genggam. Teringat kawan pernah share resipi kuih dhal atau vadai. Akak memang suka makan kuih yang berasaskan kekacang. Dulu pernah buat tapi tak menjadi, kuihnya jadi berderai, lepas tu buat lagi tapi jadi tak berapa garing. Lepas tu terus malas nak cuba. Hmm...cepat sangat putus asa kan!
Lepas tu cuba lagi dan lagi dan lagi sampai puashati. Jaki tau bila tengok orang buat jadi elok. Cuba lagi sebab tengokkan kejadian kuih vadai resepi kawan ni cantik pulak dan macam senang. Alhamdulillah menjadi jugak mengikut citarasa kami. En hubby memang suka yang garing-garing sikit, barulah kruk krak kruk krak masa kunyah.
Bahan-bahan Kuih Vadai
Kacang dhal - rendam dahulu semalaman tapi akak rendam 5 jam ja1 biji bawang besar - hiris nipis
2-3 tangkai cili kering - potongkan serong
daun kari
sedikit garam
minyak untuk menggoreng - panaskan dahulu
Caranya juga mudah :
Toskan kacang dhal yang telah direndam tadi. Asing satu atau dua sudu besar kacang tersebut. Selebihnya masukkan dalam pengisar. Boleh guna pengisar biasa atau pengisar tangan. Taburkan sedikit garam.
Kalau tak nak guna pengisar, boleh juga tumbuk dengan tangan. Kacang tadi tak kering ke? Takkkk....Kacang tu kan dah direndam. Masa tos tu korang jangan lah biarkan kacang jadi kering. Masa kisar pun akak tak masukkan air sebab kacng tu sedia dah ada air. Kalau nak letak air pun boleh tapi sikit jer tau.
Korang kisar janganlah terlalu halus. Lepas tu korang campurkan hasil kisaran tadi dengan kacang dhal yang korang asingkan sedikit tadi, bawang, cili dan daun kari.
Boleh panaskan minyak. Korang cekup sedikit bahan gaulan tadi, leper-leperkan dan gorenglah.
Inilah hasilnya. Akak buat tak besar, tak kecil dan tak tebal , tak nipis. Yang penting bila buat semua suka dan habis. Nanti boleh buat lagi, tak payah beli dah.
Ini pula hasil pagi tadi. Tak ada daun kari. Pagi-pagi gelap lagi, malas pulak nak keluar petik.
Selamat mencuba !
12 Comments
Kuih fevret zumal ni
ReplyDeletesamalah zumal, akak pun suka kuih ni
DeleteSedapnnyaaa! Nani suka sangat makan ni, tapi tak pernah try lagi buat sendiri. Heheh :)
ReplyDeletecubalah buatnya, mudah aje.
Deletesedap kuih ni... dulu pernah buat, jadi berderai jugak. haha
ReplyDeletehaah, mula-mula berderai tapikan yang berderai-derai tulah yang jadi berebut-rebut makan.
Deletekuih favourite en suami saya jugak ni..penah buat dulu, x jadi..bila goreng dia berderai..haha..x buat dah lepas tu..nak makan, beli je..koser nak membazir..haha..
ReplyDeletehahaha...betullah tu. Bila buat tak jadi memang malas dah.
Deletesuka kuih ni dgn vadai tepung..
ReplyDeletetak pernah jemu kunyah kuih ni.
Deletekalau makan yg kat mamak tu feeling dia lain sket hahahaa lebih sedap :P
ReplyDeleteBetul..mamak style
Delete