Detik Scent-sasi Di Mana-mana

Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” di mana-mana berada dan memberi impresi yang berkekalan.  

ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.


Enchanteur Paris, Enchanteur Paris Petite Parfum, produk wangian, khas untuk wanita, produk istimewa


ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.


Enchanteur Paris, Enchanteur Paris Petite Parfum, produk wangian, khas untuk wanita, produk istimewa


Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan. 

Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.

Rangkaian Enchanteur Paris Petite Parfum

Terdiri daripada empat pilihan wangian yang sememangnya memikat hati pemiliknya. 

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)
Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.

Enchanteur Paris, Enchanteur Paris Petite Parfum, produk wangian, khas untuk wanita, produk istimewa


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)
Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.


Enchanteur Paris, Enchanteur Paris Petite Parfum, produk wangian, khas untuk wanita, produk istimewa


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)
Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.  

Enchanteur Paris, Enchanteur Paris Petite Parfum, produk wangian, khas untuk wanita, produk istimewa


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)
Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu. 

Enchanteur Paris, Enchanteur Paris Petite Parfum, produk wangian, khas untuk wanita, produk istimewa


Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.

Memang suka sangat guna rangkaian Enchanteur Paris Petite Parfum ni.  Sentiasa pastikan ada satu dalam handbag.  Wangiannya bertahan agak lama juga. Sapu sikit di pergelangan tangan ..hhhhmmmmm.....wangi.

Dapatkan Enchanteur Paris Petite Parfum


Enchanteur Paris, Enchanteur Paris Petite Parfum, produk wangian, khas untuk wanita, produk istimewa


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.   



20 Comments

  1. packaging kecik mcm ni senang nk bawa

    ReplyDelete
  2. Semua pun wangi..semua pun boleh simpan dalam bag tangan..semua pun dah selamat bagi kat Dania...

    ReplyDelete
  3. dah lah wangi.. murah pula tu.. tersangat berbaloi baloi nii

    ReplyDelete
  4. Cantiknya...kecil je comel. Sesuai sangat buatbhadiah.
    InsyaAllah doakan saya murahbrezeki saya nak beli untuk adik perempuan saya

    ReplyDelete
  5. Produk ni memang best.. Lama gile kat pasaran.. Since i remaja mmg da guna enchanteur.. Wangi sangat and tahan lama.

    ReplyDelete
  6. hi jom la join n meriahkn segmen GA ray kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  7. senang letak dalam handbag ...cute dan wangi pula tu...

    ReplyDelete
  8. Qiss ada satu yang warna biru tu. Jolie. memang best bau dia. selalu letak dalam handbag. bila2 nak pakai boleh calit. senang sangat.

    ReplyDelete
  9. Saya ada jugak pakai ni. Bau yang saya paling suka Adore dengan Jolie. Tapi yang Belle Amour tu saya tak suka sebab terlalu kuat. Boleh pening kepala bila bau lama

    ReplyDelete
  10. I love the small packaging of their bottle. easy to bring with me and it make me smell nice all the time

    ReplyDelete
  11. patutlah mewangi ja memanjang... bau dia memang best sangat.

    ReplyDelete
  12. I wonder what it smells like but I like the packaging it's very cute.

    ReplyDelete
  13. Ramai juga yang saya kenal gunakan enchanteur. Wangiannya memang harum dan elegan. Untuk yang ini nampak lebih handy dan harganya pun murah. :D

    ReplyDelete
  14. Kita dah beli set ini dah hadiahkan pada yang istimewa memang wangi dan menarik si dia pun suka heheh terima kasih Enchanteur...

    ReplyDelete
  15. Memang nak kena dapatkan produk ni dan simpan dalam handbag. sangat berguna ni + dengan bau yang wangi plak tu.

    ReplyDelete
  16. Suka dengan packaging dia... kalau dapat satu set lagi bagus.. boleh dijadikan hadiah untuk insan tersayang...

    ReplyDelete
  17. suka petite perfum gini..senang bawa kemana-mana

    ReplyDelete
  18. the packaging very comel... the drawing on the box pun very comel! hehe

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  19. Semuanya wangi. Kinah suka packaging dia comel dan mudah dibawa ke mana aja.

    ReplyDelete
  20. suka sangat setiap produk keluaran enchanteur ni. pasti mengekalkan kewangian yang terserlah.

    ReplyDelete