Ada dekat 1000 email yg tidak dibaca lagi dlm inbox kerja chik  la. Tu pun dah clearkan sikit2 ..kalau tak mau mencecah 2k....meroyan la nak tengok satu2 bila masuk ofis nanti. Tu pasal la syarikat belum lagi nak bagi cuti maternity 3 bulan...kalau 3 bulan tak tahu la macamana.
Nasib baik juga team chik la semua bagus2 buat kerja....jadi chik la pun tak susah hati sangat bila tengok inbox chik la sbb tau kebanyakan kes2 tu dah settle cuma nak kena go thru ajer ..nak tau jalan cerita. Front liner yg hari2 dok mengadap kes pelanggan macam kami ni memang letih kepala otak...tp bila dok sorang2 rasa seronok jugak dengan macam2 ragam manusia nih....
Apapun ada lagi seminggu lebih sebelum chik la masuk bertugas semula. Sekarang tengah dok traine Dzakwan tinggal dengan bibik...alhamdulillah takat ni takde la byk kerenahnya bila chik la tinggalkan sejam dua dengan bibik....
Hari ni hari last sekolah kat Kedah ni....mau pening pulak dengan gelagat anak2 sepanjang cuti sekolah ni memandangkan mak pak dia takde plan apa2 sepanjang cuti ni sbb mak dia baru lepas bercuti panjang...pak dia pulak dah abis cuti tahunan.....so kita meriahkan aktiviti kat rumah ajer la yer anak2....
Lately entry tanpa gambar.....malas betul nak load gambar dpd camera tuh.....:)

2 Comments

  1. i dah malas sangat nak mendelete..
    biar je kat situ..hee

    ReplyDelete
  2. teringat masa kerja dulu-dulu... kerja banyak libatkan operation team n banyak staff, bila cuti bersalin mmg email beribu riban :D

    ReplyDelete