Jalan jalan ke Batu Feringghi
Entry jalan cari makan lagi...oleh kerana jadual cuti chik la dan anak2 tak sama...so hari jumaat malam dan hari sabtu adalah hari aktiviti ngan anak2. Al maklum la kat Kedah ni jumaat dan sabtu cuti..mak ayah pulak cuti sabtu dan ahad..hehe. Secara kebetulan petang jumaat hubby bagitau malam nanti nak ke pulau mutiara ada kerja sikit nak buat. Kepala otak pun ligat la buat plan jugak sbb nak menyibuk ikut sang suami..hehhe...nak ikut boleh?....takde bantahan so kira ok....balik opis dengan pantas buat kerahan anak2 siap2 cepat untuk ke kelas Kumon....nak meronda meronda jugak tp bab2 belajar kena bertegas jugak...hehhe...selepas settle semua lepas maghrib kami pun bergerak la ke penang. Tak jauh sebenarnya dpd Kulim ni ..kalau bukan peak hour kurang dpd 40 min boleh sampai dah ke pulau. Settle kerja hubby, hubby pun tanya nak makan kat mana....pikir punyer pikir we all decide nak ke Batu Feringghi.....dah lama jugak tak ke BF waktu malam. So off we go to BF.....
Dah sampai...dok nak pilih kedai makan pulak..maklumkan BF pada waktu malam penuh dgn pelancong sana sini...teringat member hubby pernah recommend pi ke Tarbush pekena nasi beriani. Selalunya BF waktu malam ada night market sepanjang jalan tp mungkin sbb bukan malam minggu so tak byk gerai yg ada so tak la sesak sangat. Ada pulak pameran kereta Ferrari berdekatan dengan The Ship...so layan sekejap kat situ. Takda gambar menarik sbb lupa bawak camera, ambik gambar pun guna hp jer. Pastu singgah pulak kat restorant The Ship..bukan nak makan tp singgah tengok pelbagai spesis laut yg boleh dipilih utk santapan. Harga tak usah kata la..memang hebat. Seronok anak2 membelek spesis2 tu....chik la pun tak lepaskan peluang jugak..hehe
Pastu baru la bergerak ke Tarbush pekena nasi beriani dan kebab. Ok la...yg bestnya kat sini boleh pilih meja makan di bahagian luar mengadap laut. Hmmm...masa mengunyah makanan sambil dengar pulak bunyi ombak menghempas pantai.....bila dah kenyang dok pulak menyandar kat kerusi sambil layan angin pantai....hahhaa...memang best....Ok jugak la makanan kat situ....nasi beriani pun boleh share 2 org utk sepinggan...
Hampir sebelas malam kami gerak pulang .....dah lama tak naik feri so malam tu decide nak naik feri ..tp waktu malam cuma ada 1 feri ja yg bergerak pi mai pi mai...so tunggu agak lama jugak....nak layan lagi angin malam punye pasal....hahaha.....
Cuti sekolah pun dah dekat so pada kawan2 blogger yg bercadang nak ke Penang ni boleh la layan jalan2 kat BF sebelah malam....

ni nama dia Alaska spider crab...kalau kat discovery channel selalu tengok cara depa tangkap ketam ni kat laut dalam...ingat kan kecik rupanya nala punye besaq..haha
ni pulak Australia snow crab...saiz besar jugak...nama snow sbb dia putih kot..
ni terlupa ambik nama canggih dia, kita panggil belangkas...masa ni belangkas ni tengah bergurau dok terbalik tunggang langgang..
ni nama dia boston lobster....siapa nak try boleh la gi kat The Ship
Byk lagik spesis yg ada..tak larat pulak nak ambik gambar depa..
makan kat sini
nasi beriani ayam....boleh share 2 org ni
ni pulak kebab daging kambing...sedap jugak
dah kenyang, mata dah mengantuk..jom balik
2 Comments
tiap kali balik kg plan nak bercuti kat P.Mutiara tapi x pernah jadi :-(
ReplyDeleteNA, lain kali plan pi p.mutiara dulu pastu baru bali kg....keluar tol juru tu ajak en zaidi pi ikut kiri naik brigde..hehehe
ReplyDelete