Sesekali Kita Cuba Makan Mee Tarik.  Mee adalah antara makanan yang akak suka terutama mee goreng.  Selain daripada tu kurang sikit minatnya tapi kalau di hidang depan mata, makan juga sampai habis.  Rezeki jangan ditolak kan.

Week end baru ni, anak-anak semua ada di rumah, cuti hari buruh kan.  Biasanya kalau dah beramai-ramai ni, macam-macamlah idea yang keluar.  Pak Inciklah yang paling rajin share lokasi makan yang dirasakan menarik dan nak cuba.

Pilih punya pilih, jom makan mee tarik sup.  Jom singgah di Lanzhou Beef Noodles.  Baru-baru ni ada yang kongsikan, kedai ni ada sijil HALAL.  Bagi lebih yakin, akak semak dalam HALAL Portal, ya ada sijil halal.

Tujuan memang nak cuba makan mee tarik sup ni, jadi inilah pilihan utama.   Order mangkuk biasa, inipun boleh makan dua orang.  Order dua mangkuk makan kongsi-kongsi.  Akak tambah dengan nasi daging lada hitam.  Masakan chinese style ni lebih kurang sama sahaja, pengalaman tukang masak yang membezakan rasanya.


Masakan chinese, mee tarik sedap

Masakan chinese, mee tarik sedap

Masakan chinese, mee tarik sedap

Portion daging black paper ni pun banyak, makan kongsi-kongsi.  Secara keseluruhannya, boleh repeat lagi dan nak cuba menu lain pula.  Tapi tak boleh pergi selalu, harganya boleh tahan juga.


Masakan chinese, mee tarik sedap

Ada sijil Halal, tak ada sebab untuk kita tidak cuba.


9 Comments

  1. Di Tawau ada restoran mee tarik Lanzhou. Kalau ke sana, selalu jugalah kami singgah nakan. Anak-anak suka.

    ReplyDelete
  2. Sudah lama teringin nak makan mee tarik, sedap betul nampaknya masakan chinese style ini. Terima kasih ya kak sebab kongsi sekali sijil halalnya. Kena cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. Mudah bila disertakan untuk hilangkan kegusaran bagi yan berminat untuk mencuba.

      Delete
  3. sedapnya mi tarik. pernah makan sekali memang sedap rasa nak cuba lagi nanti.

    ReplyDelete
  4. harga kedai chinese style memang agak keras. satu bowl kadang2 belas ringgit juga

    ReplyDelete
  5. Macam pernah dengar nama kedai ni...
    Baru² ni husband tapaukan mee tarik dari one famous Chinese Muslim restaurant, tapi rasanya dia out :( Mungkin sbb tapau, rasanya tak sesedap makan di kedai

    ReplyDelete
  6. Mie tarik Lanzhou ini ada juga di jakarta. Pernah coba, sedap, tp letih juga mengunyah mie nya Krn chewy 😅😅. Tp suka kuahnya, segar dan gurih

    ReplyDelete