Acah Acah Pelancong di Tempat Sendiri.  Aduhhhhh lamanya tak update.  Macam-macam kejadian.  Nanti akak story mory yer.  Kali  ni nak share cerita kami yang acah acah pelancong kat tempat sendiri, tempat mencari rezeki.  Dah lama tak keluar ramai-ramai cari makan dengan geng-geng  ofis.  Bila diberi kesempatan, apa lagi kami...kalah pelancong !

Pengalaman Naik Feri  Dari Seberang Perai ke Pulau

Walaupun dah lama feri baru ni beroperasi tapi inilah baru pertama kali akak mnggunakan khidmat feri ni.  Saiz feri lebih kecil sebab hanya mengangkut penumpang dan motosikal sahaja.  Korang perlu  ke Penang Central untuk menaiki feri ni.  Terlebih dahulu, sila beli tiket di kaunter atau boleh juga guna TNG.  Kami lantik seorang wakil untuk uruskan hal-hal tiket ni merangkap bendahari yang menguruskan perbelanjaan hari ini.


jalan-jalan dengan kawan, aktiviti jalan-jalan, pulau pinang , makanan sedap di pulau pinang

Korang boleh beli tiket di kaunter atau secara online. Harga tiket dewasa RM2 sehala, kanak-kanak  5 - 11 tahun RM1 sehaja.  Bila nak balik ke tanah besar, harga tiketnya juga adalah sama.

jalan-jalan dengan kawan, aktiviti jalan-jalan, pulau pinang , makanan sedap di pulau pinang

Kumpulan biru.  Tak tahulah kenapa setiap kali nak print t-shirt baru kami mesti suka nak pilih warna biru. Synonim sungguh warna biru ni di hati !  Waktu ni ramai lagi ahli kumpulan, sekarang ni dah tinggal sikit sebab ramai dah ditukar unit.  Ini jugalah antara sebab kami keluar ramai-ramai ni sambil meraikan rakan-rakan yang akan bertukar tempat tugas.

Korang jangan risau, feri dari tanah besar ke pulau tak perlu tunggu lama.  Korang boleh tengok jadual perjalanan feri ni.  Kalau dah terawal sampai, boleh berehat dulu di tempat yang disediakan.  Jangan risau...ada aircond dan gerai-gerai jualan kalau korang nak beli makanan ringan sementara menunggu feri sampai.  Memang berbeza sangat dengan dahulu.

jalan-jalan dengan kawan, aktiviti jalan-jalan, pulau pinang , makanan sedap di pulau pinang

Dalam feri mesti cari tempat tepi tingkap sebab akak suka melihat pemandangan luar.  Biarlah berapa kali pun, memang suka ambil gambar pemandangan macam ni. Bangunan mungkin tiada banyak beza tapi hamparan langit akan selalu berbeza dari masa ke masa.  Hari perjalanan kami ni, langit terang dan cuaca agak panas.


jalan-jalan dengan kawan, aktiviti jalan-jalan, pulau pinang , makanan sedap di pulau pinang

Dari jeti, kami bergerak ke Armenian Street.  Memang lagak kumpulan pelancong.  Korang kalau suka berjalan, boleh je berjalan kaki dari jeti ke sini.  Lebih kurang 10-15 minit.  Kalau tak larat boleh je naik bas dan berbenti berdekatan kawasan Armenian ni.  Seronok berjalan sepanjang jalan ni sebab banyak lokasi atau kedai menarik yang korang boleh singgah.


jalan-jalan dengan kawan, aktiviti jalan-jalan, pulau pinang , makanan sedap di pulau pinang

Bergambar itu penting sebagai kenangan.  Sambil-sambil tunggu cukup corum, kami posing-posinglah kat sini.  Banyak sangat gambar yang diambil, tapi tak bolehlah nak share kat sini, kena pilih-pilih juga.

jalan-jalan dengan kawan, aktiviti jalan-jalan, pulau pinang , makanan sedap di pulau pinang

Pulau Pinang yang semakin pesat membangun.  Walaupun bukan menetap di sini tapi di sinilah tempat mencari rezeki sejak 26 tahun yang lalu.  Lama kan !  Banyak perubahan yang akak dah tengok.  Anak-anak semuanya ic Pulau Pinang, ibu dengan ayah je lain-lain negeri.  


jalan-jalan dengan kawan, aktiviti jalan-jalan, pulau pinang , makanan sedap di pulau pinang

jalan-jalan dengan kawan, aktiviti jalan-jalan, pulau pinang , makanan sedap di pulau pinang

Masing-masing sibuk gaya ala pelancong padahal hampir 90% group ni memang anak jati Pulau Pinang.  Iyalah sesekali terlepas dengan kawan-kawan kan!  Sambil jalan sambil bersembang, berhenti bergambar, berhenti minum dan macam-macam lagilah kerenah masing-masing. Hari pun makin panas.

Cukup masa, kami redah pula berjalan kaki lagi sampai ke The Halab, lokasi kami nak makan-makan.  Antara tempat makan menarik juga ni untuk korang singgah jika datang ke Pulau Pinang.

jalan-jalan dengan kawan, aktiviti jalan-jalan, pulau pinang , makanan sedap di pulau pinang

Pilihan semua nasi Arab ayam dan kambing.  Satu bekas ni kongsi 2-3 orang sebab nasinya agak banyak dan ramai yang makan sikit.  Rugilah korang yang makan sikit-sikit tu. 

jalan-jalan dengan kawan, aktiviti jalan-jalan, pulau pinang , makanan sedap di pulau pinang

Paling suka yang ni. Apatah namanya. Kalau tak silap kebab dan roti pita.  Memang sedap.  Makan ramai-ramai memang meriah.  Ada juga buat sambutan hari lahir tapi kami tak potong kek kali ni, kami potong kunafa sahaja.  Kunafa di sini  tak begitu manis, sedap dimakan.  Korang boleh tengok lagi menu menarik di sini, akak pernah share dulu  - Makan di Halab

Selesai semua, kami bergerak jalan kaki lagi ke jeti untuk pulang ke tanah besar.  Jalan beramai-ramai tak terasa penatnya, tau-tau dah sampai, kalau ikutkan dekat 15-20 minit juga berjalan.  Pelan asalnya nak tunggu bas, tapi sebab kami berada di arah yang lain dan bas yang lalu tidak melalui tempat tujuan kami, maka sambil tengok bas sambil jalan.  Tau tau dah hampir dengan jeti.  Kesian juga kat kawan-kawan, tapi masing-masing seronok katanya. 

Dah namanya acah-acah pelancong di tempat sendiri !

Tak lama lagi cuti sekolah, bolehlah korang paln jalan-jalan ke Pulau Pinang.

5 Comments

  1. bestnyaaaaa .....rindu penang rindu makanan penang....

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak ke Penang. Sedapnya nasi arab tu.

    ReplyDelete
  3. Best naik public transport ramai² gini, memang feeling tourist la Kak Azi kan

    ReplyDelete
  4. Jalan ramai-ramai memang tak terasa sangat jauhnya. Saya follow sini yer:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...nanti saya kunjungi rumah sana yer

      Delete