Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi
Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi. Korang jangan marah tau, akak asyik post pasal makan saja. Simpan sini sebagai rujukan akan datang. Akak kalau hilang idea memasak memang selalu akan tengok balik entry-entry yang lepas, tengok gambarpun kadang-kadang boleh jadi teringin nak buat dan makan.
Setiap pagi memang tugas akak sediakan sarapan. Biasanya sarapan ni akan jadi bekalan akak ke pejabat dan anak-anak yang bekerja. Dah jadi rutin harian kami yang bekerja ni, bawa bekal setiap hari. Kalau tak ada bekalan tu rasa macam tak complete. Mak ni pulak kadang-kadang keputusan idea juga nak masak apa, maka akan cari en suami untuk menyumbangkan idea bernas. Ya, kalau bab masakan dan makanan, idea en suami jarang mengecewakan.
Malam semalam rasa macam nak makan di kedai sahaja. En suami tak nak makan sebab dah makan waktu petang semasa balik dari kebun. Tinggalkan kami empat beranak ni cari makan, singgah kedai makan dekat sebelahnya ada Mydin. Oleh kerana en suami tak nak makan maka akak pun mintalah dia masuk Mydin cari beberapa barang yang dah habis di rumah, sambil tu pesan juga, carilah apa-apa yang boleh akak masak untuk sarapan pagi esok.
Tak lama pun en suami memilih barang, kalau akak masuk sekali mesti penuh troli jadinya. Macam tulah mak mak kan. En suami kata - dah beli roti, salad, tomato, isi ayam dan barang-barang yang akak pesan. Katanya - esok buatlah sandwich ayam. Isi ayam tu marinate sekejap, bakarkan atas pan. Lepas tu hiris-hiriskan letakkan atas roti berserta dengan salad, tomato, jeruk timun (pickle) dan bahan-bahan yang sesuai. Haaa....kan dia punya idea memang bernas !
Maka terjadilah Sandwich ayam versi kami pagi tadi. Simple, yang penting sihat dan sedap.
5 Comments
Sy kalau awal2 bulan laju je masuk pasaraya kak... hujung2 bulan suruh suami je la... jimat sikit sbb dia beli yg betul2 dlm list je hehe...
ReplyDeleteNanti nak try roti ni la buat sandwich..
Sama lah dengan akak ni PH. Awal bulan je rajin nak masuk pasaraya. Lepas tu samada minta en suami atau anak-anak belikan. Tapi kalau anak-anak yang pergi, lamanya macam mak jugak, ayah je yang cepat.
DeleteOkey SA boleh tiru arapan macam ni..balik kang nak cari la..
ReplyDeleteSedapnya. Sesuai la ni untuk orang diet.
ReplyDeleteKalo utk sandwich saya juga suka roti gandum dengan banyak bijirin. LBH buat kenyang. Kalo roti putih hanya utk cemilan 🤣.
ReplyDeleteBerhubung saya dan anak sulung memang suka roti drpd nasi, jadi menu roti begini selalu ada tiap Minggu kak. Mungkin kalo anak bungsu suka roti juga, bakal tiap hari 😅.
Tapi Krn anak bungsu tak terlalu suka roti, jadi terpaksa lah selang seling dengan menu nasi juga