Rancang Dahulu Sebelum Tiba Usia Persaraan. Bila dah masuk 5 series ni memang pelan-pelan kena rancang aktiviti di usia persaraan. Macam-macam boleh buat tapi kena tengoklah juga dengan kemampuan diri. Kalau ikut perancangan, teringin nak bersara dalam tempoh 3-4 tahun lagi. Kalau boleh tak mahu terikat dengan kerja pejabat sehingga usia 60 tahun.
En suami dah mulakan langkah lebih awal. Mengusahakan kebun sawit bukan kerja yang mudah, tapi sebab minat dengan bidang pertanian yang mendalam maka en suami pilih ke arah itu. Alhamdulillah, usaha mula menampakkan hasil. Bukan kerja mudah kena banyak sabar, usaha tanpa jemu.
Inilah buah sawit. Kalau dulu tengok dalam gambar, sekarang ni boleh pegang sendiri. Kecil-kecil oren jingga.
Kebun ni baru dibersihkan selepas berbelas-belas tahun ditinggalkan. Arwah FIL yang mula teroka kawasan ini. Dah lama en suami nak usaha semula tapi banyak juga halangannya sampailah sekarang ni baru boleh diteruskan.
Buah yang jatuh ke tanah, ada yang terpecah dari tandannya. Kalau dikumpul-kumpul boleh cecah penuh guni beras. Tapi biasanya ditinggalkan sahaja yang kecil-kecil itu.
Moga usaha ini mendatangkan hasilnya. Bukan mudah nak uruskan semuanya. Kami buat sedikit-sedikit ikut kemampuan diri dan modal. Seronok pula bila tengok kebun dah bersih macam ni. Agak-agak bila tiba masa kami nak bersara nanti, hasil di sini bolehlah membantu sedikit-sedikit sambil kami ada aktiviti untuk dibuat.
Bila tengok kawan bersara, tak sabar juga rasanya nak bersara juga. Tapi lambat lagi..hehehe. Macam-macam nak buat bagi mengisi masa yang ada.
7 Comments
Alhamdulillah dah ada retirement plan dan dah membuahkan hasil syukur.. tak silap sy, buah kelapa sawit yg relai tu pun ada harga kan Kak Azi? Pernah baca ada org cari rezeki dgn kutip buah sawit yg gugur ni.
ReplyDeleteBetul tu....kalau rajin memang boleh dapat banyak buah-buah yang relai tu. Walaupun harganya rendah daripada yang di tandan, masih ada harga juga.
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan.. insyallah berbakti pada tanah ni mmg tak akan rugi.. sy pernah tlg pakcik gi kebun sawit..mmg kutip buah yg terpisah tu.. betul seguni dua dpt bila dikumpul..
ReplyDeleteTerima kasih. Seronok sebenarnya berbakti pada tanah ni. Macam-macam boleh buat asalkan rajin.
DeleteAlhamdulillah. Moga dipermudah kan semua urusan mengusahakan kebun sawit ni dan banyak hasilnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah...terima kasih doanya...moga dipermudahkan semua urusan awak juga.
DeleteBanyak teman2 saya juga yg punya usaha sawit di Medan. Hasilnya lumayan kak.
ReplyDeleteSaya sendiri untuk bersara nanti blm terpikir nak melakukan apa. 🤣. Investasi ada, tp sebisa mungkin memang hrs ada kegiatan utk mengisi waktu