Idea Membuat Hantaran Yang Mudah.  Minggu lepas cuti sekolah, ramailah yang ambil peluang melangsungkan perkahwinan.  Kenduri di sana sini, termasuklah kenduri anak saudara sebelah en suami.  Ini merupakan kenduri perkahwinan yang pertama untuk anak saudara sebelah suami.  Masing-masing excited menunggu tarikhnya. Majlis pernikahan sahaja, kenduri besarnya belum lagi sebab menunggu seorang lagi pasangan pengantin.

Bila ada majlis nikah kahwin ni, yang paling akak suka ialah melihat barang-barang hantaran, goodies jemputan, hiasan pelamin dan bilik tidur.  Naluri orang perempuan kot suka tengok yang indah-indah. Akak suka pada persiapan yang simple dan cantik mata memandang.  

Kenduri pertama di kalangan anak saudara, memang kalau boleh semua nak nampak sempurna.  Bercerita dan berkisah tentang kenduri yang bakal diadakan memang dah dibincangkan beberapa bulan yang lepas lagi.  Almaklum, masing-masing tiada pengalaman. Mujur dengan teknologi canggih sekarang ni semua info boleh diperolehi dengan cepat sebagai panduan untuk persediaan.  Kami pun tumpang teruja juga. Bila dapat tarikh kenduri, awal-awal dan buat permohonan cuti. 

Idea Hantaran Mudah Disediakan

Jom akak share antara hantaran yang disediakan di perempuan dan lelaki.  Terima kasih pada yang berkongsi gambar, korang memang superb. Gambar cantik samada dengan handphone atau pun kamera canggih. 

idea pengantin, hantaran mudah, hantaran simple, idea mudah dan simple

Pilihan warna-warna lembut daripada kedua-dua pihak dalam penyediaan barang hantaran dan juga pelamin.

idea pengantin, hantaran mudah, hantaran simple, idea mudah dan simple

Mudahkan sekarang sediakan cek sahaja untuk wang hantaran. Tak pening-pening nak kira lepas terima, dapat juga hilangkan bahaya wang hilang. Sekeping cek yang diframekan dah cukup.

idea pengantin, hantaran mudah, hantaran simple, idea mudah dan simple
Bakul buah-buahan memang antara barang wajib untuk majlis pernikahan ni. Baik daripada pihak lelaki mahupun perempuan.



idea pengantin, hantaran mudah, hantaran simple, idea mudah dan simple
Kain telekong yang digubah simple. Nampak mudah, tapi kalau tangan tak berseni tak jadi jugak.

idea pengantin, hantaran mudah, hantaran simple, idea mudah dan simple

Beg goodies untuk tetamu yang hadir.  Jemputan kali ni tak ramai macam majlis tertutup jugalah untuk keluarga dan jiran terdekat. Akak suka cookies tu, sedap sangat !

idea pengantin, hantaran mudah, hantaran simple, idea mudah dan simple

Trend guna inai putih.  Cantik juga tapi akak lebih suka warna yang biasa digunakan. Citarasa masing-masingkan.

idea pengantin, hantaran mudah, hantaran simple, idea mudah dan simple

Tumpang pelamin pengantin.  Bersanding ramai dengan anak-anak sekali.  Pelamin penuh bunga, sanada warna bunga-bunga atas kotak hantaran. Semuanya cantik!  Daripada cerita hantaran sampai pelamin.  Akak suka yang simple-simple ikut budget dalam poket.

Moga yang sedang mencari idea sebelum menjelang hari bahagia, dapatlah manfaat serba sedikit. 








3 Comments

  1. wah mmg cantik hantaran2 tu.. tapi betul la kalau tgn x berseni tak jadi juga

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, jemput join GA Cuya ^^ https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html

    ReplyDelete