Stigma Mengenai Kemurungan - Segera Dapatkan Bantuan.  Kita kongsi-kongsi sedikit info berkaitan kemurungan.  Akak terbaca dan rasa bagus juga kalau akak share di sini sebagai pandungan dan ingatan bersama. Kemurungan jangan diambil mudah. Macam-macam boleh jadi kalau lambat dapatkan bantuan.  

info kesihatan, sayangi diri, pentingnya keluarga, pentingnya kawan-kawan
photo: google


Apakah Kemurungan?

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.  Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. (sumber : https://www.moh.gov.my/)


Antara Punca Berlakunya Kemurungan

1) Masalah kewangan - di mana-mana pun sekarang ini, masalah kewangan memang menjadi hot topic.  Mana dengan kenaikan harga barang yang semakin menjadi, jadi, mana dengan keperluan lain keluarga yang perlu dipenuhi, memang sangat perlu untuk kita semua bekerja.  Kadang-kadang kesian tengokkan orang yang berusia masih lagi bekerja demi sesuap nasi.  Bukan sebab tiada anak yang boleh diminta bantuan, tapi kadangkala anak-anak juga berhempas pulas berusaha mencari keperluan keluarga.  Berjimat mana yang perlu - inilah yang selalu akak bagitahu pada anak-anak. Anak-anak ni adakalanya mereka juga inginkan lebih daripada biasa.

2) Kemerosotan Kesihatan - sekarang ni macam-macam penyakit ada, ada yang serius ada yang tidak. Kalau dibiarkan ada kemungkinan boleh memudaratkan.  Termasuklah kemurungan. Kalau kita nampak orang yang rapat dengan kita samada ahli keluarga atau kawan-kawan, tiba-tiba berubah sikat, sebaiknya kita cuba dekati dan ajak berbual.  Kadang-kadang mereka tidak mahu bercerita tentang penyakit yang dihidapi, takut nanti menyusahkan orang lain.

3) Masalah sosial - sekarang ni boleh dikatakan hari-hari ada sahaja cerita masalah sosial yang berlaku di kalangan masyarakat.  Masalah sosial akan mewujudkan rasa tekanan bukan sahaja pada yang terlibat tetapi juga pada ahli keluarga mereka.  


Tanda Dan Gejala Kemurungan

Ada pelbagai tanda dan gejala kemurungan yang perlu kita ambil perhatian:

- gangguan tidur

- rasa sedih, hampa dan risau

- suka bersendirian

- kurang fokus dan sukar beri tumpuan

- tiada selera makan

- hilang minat terhadap aktiviti yang disukai

Ada lagi tanda-tanda minor yang mungkin berlaku tapi kita tidak sedar.  


Komplikasi Kemurungan 

Komplikasi kemurungan juga perlu diambil serius.  3 komplikasi utama yang mungkin berlaku pada pesakit kemurungan serius jika tidak dirawat awal.

1) Keinginan untuk membunuh diri

2) Kesengsaraan yang kronik

3) Hilang Ingatan


Rawatan Pesakit Kemurungan

1) Kaunseling dan terapi psikologikal

2) Luahkan perasaan kepada orang yang dipercayai

3) Pendekatan kerohanian

4) Amalkan gaya hidup sihat seperti diet sihat dan senaman

5) Pengambilan ubat khusus saranan dari doktor.

Adalah pernting untuk kita sentiasa berdamping rapat dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.  Sentiasalah bertanya khabar antara satu sama lain. Kadangkala sumbangan kita yang sedikit dapat membantu mengelakkan berlakunya kejadian yang lebih buruk. Ada banyak artikel dan perkongsian berkaitan kemurungan di media sosial. Ambillah sedikit masa untuk membaca dan berkongsi info.

Chill chill yer korang !



0 Comments