Habiskan Masa Seharian Di Kuala Kangsar.  Entry lontar belakang. Dah berhari-hari tulis tak habis-habis sebab takdak mood.  Kisah menghabiskan cuti hujung tahun.   Bila cuti tu, rasa macam nak berjalan la pulak tapi tak mau jalan jauh-jauh.  Bincang-bincang dengan husband, kami bersetuju untuk ambil peluang jalan-jalan ke lokasi yang tak perlu bermalam.  Terpacullah pula nama Kuala Kangsar.  Dah lama tak singgah di bandar diraja Perak ni.  Kali terakhir pergi, anak-anak masih kecil lagi. Oleh kerana kakak pun ada tugasan sejarah yang perlu dibuat, jadi kami setuju untuk ke Kuala Kangsar . So off we go to Kuala Kangsar !

Awal pagi lepas subuh, terus kemas-kemas rumah, bagi makan haiwan ternakan dulu.  Lepas tu barulah masing-masing bersiap. Keluar awal sebab nak singgah cari sarapan dahulu.  Dah lama kami tak buat aktiviti day trip ni, masing-masing tak sabar.

Apa Yang Menarik Di Kuala Kangsar ?

Kuala Kangsar merupakan Bandar Di Raja Perak. Banyak bangunan gah merupakan istana diraja dan bangunan tradisional terdapat di sini.  Seni binaan yang cantik dan menarik pasti mempunyai sejarah tersendiri.  Akak suka tengok bangunan yang ada.  

Perjalanan tak lah lama sangat dari lokasi kami. Dalam 2 jam lebih perjalanan santai-santai. Awalnya tak mahu guna google map, tapi bila dah masuk pekan mula tercari-cari port nak berhenti. Dah lama tak ronda-ronda bandar Kuala Kangsar. Tempat pertama cari parking kereta dulu, tengok dalam maps yang terdekat sekali Dataran Putra.  Ke sanalah kami.  Terletak bedekatan dengan Sungai Perak dan bazaar pelancong dan tempat makan.  Mudah sekali jalan.  Oleh kerana masih awal, kami meyusur sungai dahulu. Ternampak tempat bot yang boleh dinaiki oleh pelancong.  Tak pernah lagi menaiki bot menyusuri Sungai Perak.  Terlupa dah harga tiket nya. Dewasa dan kanak-kanak kena tiket ye.  Pakai life jacket dan tunggu bot.

tempat menarik negeri perak, jjcm, cuti sekolah, santai dengan keluarga, keluarga bahagia, tempat sejarah
Wajib posing. Kenangan sambil tunggu bot sampai. Pakai siap-siap life jacket. 

tempat menarik negeri perak, jjcm, cuti sekolah, santai dengan keluarga, keluarga bahagia, tempat sejarah
Sambil gigil-gigil pegang handphone takut jatuh dalam sungai sempat juga selfie sekeping.  Bukan selalu dapat naik bot macam ni.

Satu bot boleh naik 10 orang.  Kami berlima bersama dengan satu keluarga lain.  Okaylah walaupun akak ni cuak juga bila naik bot ni.  Perjalanan dalam 20 minit lebih kurang. Nampaklah istana hinggap Sultan Perak dan kerabat dari jauh.  Cantik dan istana-istana ni memang antara tarikan pelancong ke Kuala Kangsar ni.

Lepas tu, kami ronda pulak di area kedai-kedai yang jual pelbagai hasil kraftangan. Cantik-cantik semuanya, akak memang suka tengok hasil kraftangan ni, berseni dan teliti hasilnya. 

tempat menarik negeri perak, jjcm, cuti sekolah, santai dengan keluarga, keluarga bahagia, tempat sejarah
Ralit tengok barang-barang ni.  Memang suka nak buat koleksi tapi anak ingatkan --- ibu jangan penuhkan almari rumah...hehe

tempat menarik negeri perak, jjcm, cuti sekolah, santai dengan keluarga, keluarga bahagia, tempat sejarah
Kraftangan rotan pun cantik-cantik. Tudung saji,kerusi malas dan lain-lain lagi. En hubby sibuk pulak nak beli bubu tangkap ikan.  Tapi tak beli pun, tengok belek je. Last sekali teringat tak bawa tikar untuk berpicnic.  Cepat-cepat cari dan beli sebab perut dah lapar.

Selepas jalan-jalan singgah dulu menghilangkan haus tekak.  Teringin nak makan tepi sungai, ala-ala piknik camtu.  Kami beli makanan bungkus dan bentang tikar bawah pokok tepi sungai.  Makan ikan bakar dengan ulaman dan sambal menyelerakan berebut-rebut dengan anak-anak.  Lepas makan berehat sebentar sambil menikmati suasana tepi sungai.

tempat menarik negeri perak, jjcm, cuti sekolah, santai dengan keluarga, keluarga bahagia, tempat sejarah
Santai tepi sungai. Lepas makan rasa nak lena pulak. Rehat-rehat dulu sementera tunggu masuk waktu zohor. 

Seterusnya, kami bercadang nak ke Muzium DiRaja Kuala Kangsar. Rupanya ditutup sementara.  Bergambar dari luar sahaja.  Antara sebab ke Kuala Kangsar ini juga adalah untuk memenuhi keperluan kertas kerja kakak.  Takpalah kita ambil gambar sahaja dahulu, nanti pandai-pandailah mengarang.  Google aje banyak info boleh dapat.

Muzium DiRaja Kuala Kangsar

Muzium Diraja Kuala Kangsar dahulunya dikenali dengan nama Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas.  Ianya didirikan pada tahun 1926 oleh seorang tukang kayu bernama Haji Sopian dengan dibantu dua orang anaknya.  Mereka berasal dari Seberang Perai. 

tempat menarik negeri perak, jjcm, cuti sekolah, santai dengan keluarga, keluarga bahagia, tempat sejarah
Cantik. Teringin nak masuk ke dalam tapi apakan daya tutup sementara. Macam nak suruh datang lagi.

Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan.  Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan (kayu jenis berlian).  Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini.  Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional dan warna dinding itu melambangkan warna negeri Perak iaitu kuning, hitam dan putih. (sumber wikipedia)

tempat menarik negeri perak, jjcm, cuti sekolah, santai dengan keluarga, keluarga bahagia, tempat sejarah
Bergambar tepi pagar pun jadilah.

Akak kagum dengan senibina rumah lama orang Perak.  Rumah mertua akak pun tidak menggunakan paku besi. Rumah masih utuh di kampung, walaupun jarang-jarang sekali berpenghuni. Kami cuba jaga sebaiknya.

Seterusnya kami singgah ke Masjid Ubudiah.  Tak sah kalau ke Kuala Kangsar tapi tak singgah di sini.  Terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar berhampiran Istana Iskandariah.  

tempat menarik negeri perak, jjcm, cuti sekolah, santai dengan keluarga, keluarga bahagia, tempat sejarah
Dapat tangkap gambar cantik macam ni rasa puashati sangat.  Lepas solat duduk berehat dulu di kawasan parking kereta sambil makan aiskrim dan buah potong.  Ada kenangan dengan anak-anak masa mereka kecil di sini. Masing-masing sibuk mengingat semula dan beraksi bergambar sambil makan aiskrim.  Simpan gambat-gambar tu buat kenangan.

Selepas tunaikan solat jamak, kamipun bergeraklah keluar daripada Kuala Kangsar.  Hari masih awal lagi, masing-masing belum nak pulang ke rumah.  Mulalah mencongak-congak nak ke mana lagi.  Tau-tau en hubby menghala ke Ipoh. Maka seterusnya kami pun singgahlah pusing-pusing bandaraya Ipoh.  Memang takde kerja kan!  Puas pusing, barulah bergerak balik.  Macam nilah kami, suka buat plan tergempar.  Biasanya plan tergempar akan lebih happening !





4 Comments

  1. Baru tahu Kuala Kangsar ada servis naik bot perlancongan.

    ReplyDelete
  2. selalu pi kuala kangsar mesti bergambar kat masjid tu..

    ReplyDelete