Sibuk sangatlah sejak kebelakangan ni sampai tak sempat nak berkongsi info menarik dengan korang semua.  Ada berderet-deret yang nak dikongsi tapi pelan-pelanlah yer, akak buat satu-satu.  Mula-mula nak update pasal rawatan kulit muka.

Rawat Kulit Berjerawat Dengan Pure Natural Oils Serum Dr Beau

Beberapa minggu lepas anak akak baru selesai peperiksaan percubaan SPM beliau.  Dek sibuk dengan ulangkaji dan latihan sampai tak terjaga kulit mukanya.  Tau-tau dah berderet jerawat yang keluar.  Suruh-suruh gitu jer sebab tak nak paksa-paksa sangat, kena kurangkan stress.  Kawan akak suruh cuba Serum Dr Beau. Mana tahu berkesan kan.

Mahupun akak ataupun anak-anak dara kat rumah ni, lebih suka menggunakan produk yang berasaskan bahan semulajadi.  Jarang sangat bermasalah dengan produk yang menggunakan bahan semulajadi ni.  Cuma kadang-kadang tu malas, itulah yang jadi macam-macam. Bila akak dapat serum Dr Beau ni, terus akak minta anak  akak cuba. Hasilnya memang best !

Pure Natural Oils Serum Dr Beau

Menariknya serum ini antaranya dipack dalam bentuk softgel. Nak guna ambil satu-satu, secara tak langsung kualiti produk dijaga baik. Produk ini juga telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia  so boleh digunakan tanpa susah hati.

dr beau serum harga, dr beau skincare, dr beau testimoni


Serum ini terhasil daripada bahan-bahan yang sesuai untuk perawatan kulit antaranya:

Vitamin E - untuk merawat kulit
Rosehip Oil - melembut, melembab dan menjaga kesihatan kulit
Argan Oil - sesuai untuk semua jenis kulit dan mengawal lebihan minyak pada kulit dan ianya baik  untuk kulit kering.
Almond Oil - merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
Apricot Kernel Oil - menyerap dengan cepat dan berfungsi sebagai pelembap yang baik terutama pada kulit sensitif. Kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit         daripada tanda penuaan dan kerosakan daripda matahari.
Wheat Germ Oil - sumber kaya dengan vitamin E,A dan D, protein dan mineral.
Evening Primrose Oil - mengandungi Omega-3 baik untuk kulit sensitif. Kulit akan sentiasa segar dan selesa.

Apa Istimewa Serum Dr Beau?

- Sesuai untuk wanita Asia
- Meresap ke dalam kulit dengan pantas
- Bau harum dan wangi semula jadi
- Tidak melekit
- Rasa segar dan nyaman
- Sesuai untuk semua jenis kulit.

Yang best lagi boleh kurangkan jeragat,kulit kusam dan anak akan kata JERAWAT DAH HILANG !

Cara Penggunaan

- tarik hujung gel
- titis di dahi, pipi dan dagu
- sapu rata di seluruh wajah hingga meresap

dr beau serum harga, dr beau skincare, dr beau testimoni


Kesan Penggunaan Dr Beau

Bila guna mana-mana produk pun,mesti kita tunggu hasilnya kan. Hari-hari dok belek muka.

24 jam - jerawat kering
7 hari - parut pudar
21 hari - kulit sekata

Walau bagaimanapun bergantung juga pada cara korang guna. Kalau guna berselang hari, tentulah kesannyapun lambat.  Ada yang guna tak ikut peraturan, lambat juga kesannya.  Mungkin juga kulit korang tak serasi dengan produk so tak nampaklah kesannya.  Bagi akak, lepas anak akak sendiri guna serum ini, memang nampak perubahan sedikit demi sedikit walaupun baru 3-4 hari guna.

dr beau serum harga, dr beau skincare, dr beau testimoni
Selepas 5 hari guna, jerawat makin hilang. Anak akak guna sekali sehari je yang ni..nak jimat katanya.


Testimoni pengguna Produk Dr Beau


Ramai yang dah guna dan feedback mereka. Bukan sahaja untuk jerawat,serum ini juga boleh digunakan oleh mereka yang ada masalah jeragat dan kulit kusam.

dr beau serum harga, dr beau skincare, dr beau testimoni

dr beau serum harga, dr beau skincare, dr beau testimoni

dr beau serum harga, dr beau skincare, dr beau testimoni

dr beau serum harga, dr beau skincare, dr beau testimoni



Korang boleh dapatkah lagi info kat sini :

Tel : 016 - 963 3443

Nota: Review ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Lain orang mungkin lain kesannya.


6 Comments

  1. baguslah boleh bagi kulit sekata..

    ReplyDelete
  2. Bestnya dah ada testimoni sndiri/ Takyah ragu2 dah. Menarik

    ReplyDelete
  3. Fiza pun pakai serum nie, minyak dia mmg cepat serap dlm kulit, lepas tu rasa lembut jer..

    ReplyDelete