Taman Burung Seberang Jaya Pulau Pinang


Dah hampir 20 tahun menetap di utara ni dan selama itu jugalah akak mencari rezeki di Pulau Pinang ni.  Tak pernah lagi singgah Taman Burung yang terletak di Seberang Jaya ni.  Nak jadi cerita, Jumaat lepas en hubby bawa dik Wan berjalan-jalan di Taman Burung ni.  Akak kerja, tak dapatlah join sekali.  Budak ni memang suka haiwan.  Bila diajak singgah sini memang seronoklah dia.  Sekali sekali meronda berdua kata hubby. Akak dapat tengok gambar pun jadilah...

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, taman burung, aktiviti anak-anak


Taman Burung ini adalah merupakan taman burung pertama di Malaysia.  Terdapat lebih daripada 3000  jenis burung terdapat di dalam ni.  Memang puas belajar pasal burung.  Sebelum ni ada antaranya hanya tengok gambar di buku atau di rancangan tv tapi kali ni tengok depan mata.  Kalau tengok daripada pintu masuk, memang tak sangka rupanya di dalam kawasan seluas 5 ekar ini menyimpan pelbagai jenis burung dari serata dunia.


Waktu Operasi dan Harga Tiket

Waktu operasi Taman Burung ini ialah dari jam 9 pagi sehingga 7 malam setiap hari. Harga tiket pula seperti di di bawah ni. 

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, taman burung, aktiviti anak-anak

*harga seperti dalam website


Seronoknya Tengok Burung

Hubby kata bukan main seronok lagi dik Wan tengok burung, bagi makan burung, pegang burung. 

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, taman burung, aktiviti anak-anak
Manjanya sang burung ni.  Ada yang pandai bercakap. Memang puas melayan.

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, taman burung, aktiviti anak-anak

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, taman burung, aktiviti anak-anak

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, taman burung, aktiviti anak-anak

Dah penat, rehat sekejap.  Rugi pula rasanya tak dapat join.

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, taman burung, aktiviti anak-anak

tempat menarik di Pulau Pinang, jalan-jalan pulau pinang, taman burung, aktiviti anak-anak

Antara takut dan berani, nak letak juga burung tu atas lengan.  Jadilah muka macam tu.  

Puas meronda sampai keletihan. Hasilnya sampai malamlah akak kena dengar dia bercerita tentang burung.  Siap tunjuk lagi gambar-gambar burung tu dalam buku-buku koleksi binatang yang ada kat rumah.  Terisi juga hari cuti dik Wan.  Bila ibu dengan anak cuti hujung minggu tak sama, macam nilah jadinya.  Mujur ada ayah yang rajin melayan.

Selain daripada pelbagai jenis burung  ada juga reptilia lain dipelihara seperti ular.  Hmm...bila sebut ular terus meremang bulu roma. Fobia okay !

Lokasi Dan Info Lanjut

Korang boleh dapatkan info lanjut tentang Taman Burung ni kat sini:  PENANG BIRD PARK

Kalau nak tahu lokasi lanjut, boleh follow google map ni :


6 Comments

  1. best nya. insyaAllah nak pegi juga nanti bawa anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti anak-anak suka tengok pelbagai jenis burung ada kat sini.

      Delete
  2. wah bestnya.. mama tak penah sampai lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke seberang jaya boleh lah singgah sini

      Delete
  3. eeh masih beroperasi eh ? ingatkan dah tutup..
    dedulu pegi time kicik2.. skrng da lebih 20 tahun rasanya dari last pegi tu..

    ReplyDelete