Dua tiga hari asyik betul membaca bencana yang berlaku di Tokyo Jepun.  Sedih bila bencana berlaku hingga mengorbankan nyawa.  Tapi siapalah kita hendak menolak ketentuanNya. Syukur sebab bos akak tak terlibat dalam ribut ni, beliau dan keluarga baru saja pulang dari percutian di Tokyo beberapa hari sebelum kejadian ribut tersebut.


Tapi akak bukan nak story tentang ribut ni.  Cuma mampu doakan yang terbaik agar penduduk di sana bersabar dengan kejadian menimpa.  Bagi yang merancang untuk ke bumi Jepun, eloklah korang plan dan ambil tahu keadaan cuaca semasa sebelum korang tetapkan pilihan.  Jepun sebuah negara membangun yang sememangnya ada pelbagai tarikan.  Sekiranya diberi kesempatan, ingin juga merasa suasana berada di sebuah negara maju yang juga selalu menarik minat PM kita.



Belajar Masakan Jepun Dengan Service airKitchen

Walaupun akak tak pernah ke negara Jepun tapi akak pasti ramai di antara korang ni suka makanan Jepun terutamanya sushi. Betul tak? Anak-anak akak pun suka makan sushi ni. Kalau korang bercuti di Jepun, apa kata korang cuba slotkan aktiviti belajar masakan Jepun daripada mereka yang pakar.  



makanan istimewa jepun, jalan-jalan negara jepun, menarik di jepun, belajar masakan jepun

makanan istimewa jepun, jalan-jalan negara jepun, menarik di jepun, belajar masakan jepun

makanan istimewa jepun, jalan-jalan negara jepun, menarik di jepun, belajar masakan jepun

Di mana sahaja lokasi korang bercuti di Jepun, korang boleh cuba belajar masakan istimewa mereka. Seronokkan bila dapat belajar masak makanan istimewa daripada pakar di tempat asal makanan itu sendiri.

Korang boleh gunakan service airKitchen , di mana korang boleh pilih nak belajar apa dan di mana. Mereka akan sediakan tempat untuk korang datang belajar.  Tentunya yang mengajar itu adalah yang pakar-pakar.  Lepas ni bolehlah korang buat masakan Jepun yang best-best seperti udon, ramen, gyoza, sushi, sushi ball, japanese dumpling dan macam-macam lagi. Pilihlah masakan apa yang korang gemar dan korang boleh bilih bandar tempat nak belajar di airKitchen


Jangan susah hati sebab masakan yang korang belajar ini sesuai untuk vegetarian dan boleh request untuk halal food.


makanan istimewa jepun, jalan-jalan negara jepun, menarik di jepun, belajar masakan jepun

Sushi dibuat dalam pelbagai bentuk untuk menarik minat peminat sushi.

makanan istimewa jepun, jalan-jalan negara jepun, menarik di jepun, belajar masakan jepun

makanan istimewa jepun, jalan-jalan negara jepun, menarik di jepun, belajar masakan jepun

Seronok kan bila dapat belajar sendiri.

makanan istimewa jepun, jalan-jalan negara jepun, menarik di jepun, belajar masakan jepun

Untuk korang yang berminat nak cuba,jangan lupa service airKitchen ni yer. 

2 Comments

  1. makanan Jepun sedap2.. best tu kalau dapat belajar.
    kadang2 suka tengok skill depa potong fillet ikan.. pergh kemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara negara yang dalm wishlist nak kunjungi...in sya Allah satu hari nanti.

      Delete