Sambung cerita semalam.

Kali ni kami singgah di Hentian Titiwangsa, tempat mesti berhenti bagi mereka yang hendak ke Pantai Timur daripada utara khususnya.  Tempat cantik untuk bergambar, cuaca sejuk puncak tinggi, kalau kena hari hujan lagilah sejuk.

Kami bawa bekalan lauk dan nasi tapi still juga beli makanan di situ sebagai tambahan, al maklum rakyat ramai, perut masing-masing pun memang dah minta diisi.  Makan-makan sambil bersembang gelak ketawa usik mengusik.  Jarang sangat dapat kesempatan sebegini.  Lepas ni lagi lah kurang ahli korum. 

Lepas makan, suatu kemestian en hubby, suka sangat meronda kawasan.  Diam tak diam rupanya dia dah buat projek pulak.  Kalau korang perasan, bagi mereka yang kerap lalu di kawasan ini, di bahagian tempat parking ada deretan pokok-pokok renek. Kadang-kadang jadi tempat lori parking juga.  Antara pokok-pokok tersebut ada sekumpulan pokok mulbery yang subur. 

puncak titiwangsa, mulbery, khasiat mulbery, info kesihatan

Cantik bunga ni. Cuaca yang terang memang best tengok gambar-gambar yang diambil.


Secara kebetulan mungkin, memang tengah lebat buah mulbery nya.  Besar-besar juga saiznya dan banyak yang dah masak.  Mulbery ni lagi gelap warna buahnya, lagi manis rasanya.  Apa lagi, kami pun tumpang sekaki petik buah-buah yang masak ni, kononnya bekalan kalau rasa mengantuk dalam perjalanan nanti. 

puncak titiwangsa, mulbery, khasiat mulbery, info kesihatan

Siap bungkus dalam plastik lagi.  Banyak jugalah. Daripada terbiar rosak, dapat juga kami rasa, dan dapat juga pahala orang yang menanamnya.


Khasiat Buah Muberry Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


1. Buah Mulberry merupakan antara buah yang tergolong dalam keluarga beri @ berry sekaligus antara buah yang tinggi antioksidan dan amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

2. Buah mulberry ini kaya dengan vitamin C, Kalsium ,zat besi, riboflavin, kalium dan magnesium.

3.  Buah mulberry ini amat sedap jika dibuat jem untuk dimakan dengan roti atau dimasak sebagai puri untuk dimakan dengan kek atau scone atau pancake.

4. Buah mulberry ini bukan sahaja bagus untuk kesihatan kulit, malah ia amat bagus bagi mereka yang menghadapi anemia, masalah buah pinggang, keletihan dan dikatakan bagus dalam merawat masalah rambut beruban.

5. Sesetengah orang menggunakan buah mulberry sebagai salah satu masker dalam perawatan wajah untuk kulit lebih cerah dan licin.

6. Buah mulberry juga dikatakan bagus untuk mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tidak boleh kencing serta mereka yang menghadapi masalah sembelit serta mereka yang mengidap migrain.

7. Buah mulberry ini juga boleh dijadikan gantian bagi kismis atau buah prune kering sebagai satu  alternatif lain.

8. Buah mulberry juga bagus untuk mereka yang menghadapi masalah pencernaan, mengurangkan masalah gastrik dan membaiki selera makan. Malah ia dikatakan turut membantu masalah kembung perut dan sembelit.

9. Mereka yang sering memakai kanta lekap dan menghadapi masalah mata kering digalakkan menikmati buah mulberry ini kerana dikatakan buah mulberry ini amat bagus untuk kesihatan mata

10. Buah mulberry juga amat bagus untuk kaum wanita khususnya wanita lepas bersalin. Buah ini mampu menambahkan darah, mengurangkan anemia, menambah tenaga dan mengurangkan keletihan,  Malah kaum ibu yang sukar tidur dan selalu pucat digalakkan mengambil mulberry sebagai makanan tambahan. Mulberry juga membantu dalam mengurangkan kebas tangan dan kaki sekaligus membantu ibu tidur dengan lebih nyenyak.

11. Resveratrol antioksidan yang terkandung di dalam buah mulberry ini merupakan antioksidan yang amat bagus dalam kesihatan jantung.

12. Di Asia buah mulberry ini dijadikan antara rawatan bagi penyakit cacing pita, arthritis, insomnia dan penyakit kulit seperti kurap.

13. Dengan segala antioksidan yang terdapat dalam buah mulberry dikatakan buah mulberry juga mampu mencegah penyakit kanser, diabetes, penyakit saraf, membantu melambatkan penuaan dan sebagainya.

14. Antioksida yang tinggi didalam buah mulberry juga dikatakan mampu mengurangkan bintik-bintik gelap diwajah dengan menikmatinya secara teratur.

15. Anthocyanin sejenis antioksidan yang kuat dan jarang terdapat didalam buah lain, adalah antioksidan yang terdapat dalam buah mulberry yang mampu memperkuatkan tubuh dan menjauhkan kewujudan serta menghapuskan bintik-bintik gelap diwajah. Ini antara sebab kenapa buah mulberry sering terdapat dalam pelbagai produk kecantikan dan produk pencerahan.

*sharing daripada google

Alhamdulillah....terima kasih pada mereka yang menabur benih mulbery di sini sampai besar pokoknya dan boleh dikongsi bersama-sama pengunjung di situ.  Moga bertambah murah rezeki mereka !

puncak titiwangsa, mulbery, khasiat mulbery, info kesihatan

Bergambar dengan anak-anak dara ni.  Kalau dulu bukan main susah nak ajak bergambar, sekarang ni pantang nampak orang hala kamera ke muka. Hmmm....besar-besar dah anak-anak ...tak lama lagi tinggal ibu dengan ayah melayan masa berkumpul semula.

6 Comments

  1. Betul kak azi dari dibiarkan tak de siapa hiraukan baik ambil..boleh gak merasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu SA, akak pun terkejut banyak sungguh buah ni kat situ.

      Delete
  2. sedap buat ni.. pak mentua saya ada tanam.. merasa la jugak sekali sekala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang betul-betul masak memang sedap manisnya.

      Delete
  3. Buah mulberry? Saya tak pernah makan pun.

    ReplyDelete