Main Masak-masak Cuti Hari Malaysia

Tuesday, September 17, 2019

Best betullah tiap-tiap minggu ada hujung minggu yang panjang.  Macam-macam benda nak kena settlekan.  Selit-selit jugak dengan aktiviti suka suka hati.  Main masak-masak sempena cuti Hari Malaysia semalam sebagai penutup hujung minggu.  Minggu lepas masak kurma daging bawa makan di sekolah Amira. Minggu ni buat nasi daging suka suka pula.  Minggu ni masak makan di rumah saja sebab Amira pulang bermalam.  Makan ramai-ramai sebelum abang Irfan mula belajar semula.

Nasi daging ni mudah je nak buat.  Buat lebih sikit, makan sampai malam.  Nasi ni kegemaran anak-anak sebab tulah bila anak-anak ada kat rumah, rajinlah mak ayah buat.  Tambah-tambah hujan di utara ni boleh dikatakan hampir setiap hari, kuranglah sikit jerebu.

resepi nasi daging utara, nasi daging air asam sedap

Buat juga salad sayur kegemaran kakak.  Biasanya salad sayur ni makan dengan nasi arab, kami belasah aje stok yang ada asalkan anak-anak suka.  Mudah je nak buat ni, salad, tomato, timun jepun, perahan limau dan yogurt asli. Campur saja.

resepi nasi daging utara, nasi daging air asam sedap

Nasi daging tak best kalau takde air asam.  Penambah selera makan.

resepi nasi daging utara, nasi daging air asam sedap

Nasi daging paling mudah nak sediakan.  Bertambah-tambah masing-masing makan.  Baunyapun dah menyelerakan.  

Kalau nak ubah selera, jom cuba buat nasi daging. Ni resepi nya :  RESEPI NASI DAGING

You Might Also Like

7 comments

  1. Baru makan nasik daging last week. Sedap sedap

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar closeup thumbnail pun dah rasa nak buat salad sendiri :D Side dish yang memang kena dengan lauk rempah macam kurma ni

    ReplyDelete
  3. alahai sedapnya nampak nasi tu. pandai masak.

    ReplyDelete
  4. Jiran kak laili akan sedekah nasi daging tiap kali dia masak.
    Memang sedap dengan air asam tu 😋

    ReplyDelete

  5. sedapnya, tengok photo pun dah nampak sedap

    ReplyDelete

Followers

Like us on Facebook