Bila Setiap Bulan Kena Follow Up Di Hospital

Friday, September 27, 2019

Bila hampir setiap bulan kena buat follow up di hospital, dah jadi kebiasaan kami akan dengar satu soalan popular daripada adik wan.  Nak tahu apa soalannya? Ibu...kalau kita pergi hospital ni nanti doktor cucuk tak kat tangan? Soalan wajib ni.

Bukan sebab takutkan jarum tapi lebih kepada fobia kena pakai branula.  Korang tahu tak apa dia branulaBranula adalah tiub plastik yang dimasukkan jarum yang biasanya  pengamal perubatan yang pakar dan berkemahiran akan cucuk jarum tersebut ke dalam urat salur darah bagi memudahkan proses kemasukkan ubat kepada pesakit.

Masa dik wan masuk ward beberapa bulan lepas, dia akan tanya setiap masa kenapa perlu cucuk jarum ni kat tangan dia.  Yelah kalau betul caranya, masa cucuk tu memang tak rasa, kalau tidak memang boleh menangis dibuatnya.  Apatah lagi kena cucuk beberapa kali disebabkan tidak jumpa urat salur darah.  Pernah sekali sampai 3 kali adik wan dicucuk untuk mencari urat salur darah.  Masa tu akak pun dah rasa nak marah pada doktor muda yang bertugas.  Sakit mata tengok jarum dicucuk-cucuk sambil dengar anak merintih. 

branula, fungsi branula, rawatan cepat

Pengalaman yang akan diingat sampai bila-bila. Masa ni tangan adik wan dah mula nak bengkak.  Lepas tu kena tukar pula pasang kat tangan sebelah lagi sebab tulah dik wan jadi fobia bila nak kena pi hospital.

Branula ini perlu dipasang untuk memudahkan pemberian ubat-ubatan IV antibiotik, cecair IV drip, transfusi darah, pemberian ubat-ubatan cecair dan juga sedutan darah menggunakan picagari mengikut keadaan dan kesesuaian.  Pemberian ubat-ubatan cara ini adalah lebih cepat dan berkesan kerana ubatan tersebut terus masuk ke dalam salur darah.

Semakin Kecil Saiz Branula, Semakin Besar Jarumnya

Branula ni ada macam-macam saiz. Semakin kecil saiz branula, semakin besar jarumnya. Yang saiz kecil itu semasa  nak masukkan branula memang tak rasa sakit. Tetapi bila masukkan ubat, akan terasa sakit yang amat sebab tekananya kuat. Yang saiz besar pula, sebaliknya. Masa masuk, terasa sakit. Tetapi masa masuk ubat tak akan rasa sakit.


branula, fungsi branula, rawatan cepat


Seingat akak, pernah kena pasang branula ni masa nak bersalin ja.  Masa tu tak ingat rasa sakit pun sebab ada perkara lebih besar nak kena fokus..hehehe....

You Might Also Like

7 comments

  1. Kesian adik wan. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk akak sekeluarga ya.

    Betul kan, memang sakit cari urat tu. Kita yang tua ni pun turut rasa ngeri bila tgk ank duk menangis. Allahu.

    Baru tahu branula ni banyak saiz

    Tq sharing kak

    ReplyDelete
  2. Get well soon dik wan! Stay strong okii

    ReplyDelete
  3. alahai kesian adik wan semoga adik wan cepat sihat ye

    ReplyDelete
  4. memang kalau tak kena urat tu sakit kan azie, semoga dipermudahkannya buat adik wan.. aamiin

    ReplyDelete
  5. Serius xsuka kena cucuk yg ni. .
    Sakit. .
    Semoga cepat sembuh adik wan

    ReplyDelete
  6. Semoga Dik Wan cepat sembuh dan diberi kesihatan yang baik.
    Kalau acik laili mesti nangis dah Dik Wan....

    ReplyDelete
  7. jgn kata budak kecik..org dewasa pun fobia bila time dr atau nurse nak cucuk branula ni, tak jumpa urat salur darah...asben akak, smpai skrg fobia tak mau pi klinik dah sbb nurse duk cucuk2 sesuka hati sebab tak jumpa urat...dh dpt, darah tu problem plak..pekat ke apa..tak leh nak baca..kena amik lagi sekali..fobia terus smpai skrg x pi repeat amik darah...

    ReplyDelete

Followers

Like us on Facebook