Apa Ada Di Tasik Banding ?

Wednesday, September 04, 2019

Kawasan Hentian Royal Belum


Hujung minggu baru berlalu merupakan hujung minggu yang sangat pack jadualnya buat akak dan keluarga.  Bukan untuk cuti-cuti tapi memandangkan semua ahli keluarga ada, kami pun ambil peluang mana yang sempat.  On the way ke Kota Bahru menghantar abang Irfan, sempat singgah sebentar berehat di Hentian Royal Belum.  Selalunya lalu sahaja tak berhenti tapi kali ini en hubby kata nak tengok apa yang menarik sambil bolehlah meluruskan pinggang sebentar.  Kawasan Hentian Royal Belum ni tidaklah sama seperti kawasan rehat di lebuhraya yang biasanya pack bila ada cuti panjang.  Di sini, banyak juga kereta yang parking, kebanyakannya mereka yang mengambil peluang bercuti di rumah bot yang agak popular di sini terutama mereka yang suka dengan suasana hutan dan suka memancing.

Masa kami sampai, banyak kedai yang tutup atau memang tak ramai yang berniaga di situ.  Pemandangan memang cantiklah bagi yang suka bergambar, banyak juga lokasi dan sisi menarik yang korang boleh bergambar.  Kami tak bercadang untuk berhenti makan di sini sebab dah plan dengan anak-anak untuk berehat lebih lama di Hentian Titiwangsa nanti.  So, peluang yang ada ni, anak-anak terutamanya sibuk bergambar aje.


tasik banding, houseboat tasik banding, tasik cantik, tempat rehat

Perjalanan awal pagi, dapatlah peluang tengok keindahan ini.  Akak memang suka tengok pemandangan macam ni.  Sejuk mata memandang tapi tak berhenti berlama pun. Ambil gambar dari dalam kereta aje. En hubby pun dah faham bila dia nampak akak dah mula adjust camera hp tu, memang dia akan perlahankan pemanduan.

tasik banding, houseboat tasik banding, tasik cantik, tempat rehat

Ini di pelantar bawah tempat bot berlabuh.  Akak tak turun ke bawah, lihat gelagat masing-masing dari atas ja.

tasik banding, houseboat tasik banding, tasik cantik, tempat rehat

Gambar bukan main banyak budak-budak ni ambil. Penuh hp. Tapi tak sempat ibu tengok semua, depa dah transfer ke simpanan masing-masing.  Ibu dapat tengok yang elok-elok ja.  Macam ni lah selalunya bila dengan anak-anak, hp ibu jadi tempat depa bergambar.

Teringin nak bercuti dalam houseboat. Macam menarik!  Kena cari masa yang sesuai dan kumpul budget, tunggu cukup corum lepas ni.

Korang yang suka bergambar, kalau lalu kat sini, boleh lah singgah. View memang best!!




You Might Also Like

10 comments

  1. wahhh.. menarik ni.. boleh masuk wishlist untuk pergi dengan family ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/08/company-trip-kota-kinabalu-dan-kundasang-sabah.html

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak lalu. teringin jugak nak pegi. lepastu bermalam dlm houseboat dkt royal belum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! House boat memang saya pun simpan keinginan bermalam dalam house boat.

      Delete
  3. Kami pernah bermalam didalam tasik di atas kapal/rumah bot selama 1 malam. Seronok.. tenang. Siap berkayak dan memancing. Pakej kami dulu RM1,200 untuk 4 orang (tahun 2017).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti bestkan ...tunggu tabung dan team cukup, teringin nak naik houseboat.

      Delete
  4. Menarik la..suka juga kalau dapat stay dkt sana tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la seronok tengok houseboat kat situ.

      Delete
  5. Best juga kalau dapat cuti2 kat houseboat ni.
    Marilah start mengumpul dana hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...kumpul dana tapi belum cukup dah habis ke benda lain...hehe

      Delete

Followers

Like us on Facebook