Utusan Cinta Buat Adam - Lain Dari Biasa

Tuesday, August 06, 2019

Kebelakangan ni kebanyakan drama yang disiarkan berkisar tentang perkahwinan tanpa restu, campurtangan pihak ketiga.  Kadang-kadang dah boleh agak apa nak jadi.  Akak bukanlah follow semua drama bersiri, ada beberapa sahaja yang rasa macam menarik untuk ditonton.   Kebanyakannya adalah adaptasi novel.


Utusan Cinta Buat Adam - Lain Dari Biasa


Korang tengok tak drama ni? Atau bacak tak novelnya? Kali ni akak tak sempat nak mencari novelnya so kena tunggu episod by episod.  Setakat dah 23 episod akak tonton.....yes drama ni lain dari biasa.  Apa yang lainnya?



Selain daripada pemilihan pelakonnya,jalan cerita ini sendiri diselitkan dengan unsur-unsur mistik yang kebiasaannya wujud dalam masyarakat melayu. Selain itu, awalnya galur cerita ini telah mengingatkan kita pada peribadi Siti Khatijah dalam usaha untuk memiliki Rasullullah. Akak suka ada unsur-unsur seram sikit. 




Thumbs Up akak untuk pengarah drama Along Kamarudin dan pelakon-pelakon yang tak disangkal lagi membawa watak masing-masing dengan baik. Antaranya ibu Kartina Aziz, Sharifah Sakina, Puteri Aishah,Kamal Adli dan ramai lagi. 




Ulasan drama



Sinopsis Utusan Cinta Buat Adam


Mengisahkan Aireen Husna, seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dikunjunginya. Aireen jatuh hati pada Adam walaupun tidak dapat mengenali siapa Adam sebenarnya. Aireen mengimpikan calon suami yang beriman dan mendambakan cinta setulus cinta Rasullah dan Siti Khadijah. Kagum dengan kesungguhan Siti Khadijah untuk memiliki Rasullulah, Aireen mula merisik siapakah Adam dan terus melamarnya.



Adam binggung menerima lamaran daripada Aireen. Desakan daripada Tok Wan yang mahu Adam berkahwin dengan Liyana tidak menyenangkan Adam. Namun akhirnya, Adam memilih untuk menerima lamaran Aireen.




Persetujuan Adam mengahwini Aireen menggembirakan semua ahli keluarga kecuali Tok Wan yang merasakan Adam menderhaka. Tok Wan marah Adam menolak pilihannya. Kemarahannya semakin memuncak apabila Adam dan Aireen tetap disatukan walaupun puas dia menghalang. Aireen menganggap Adam menerimanya kerana kasihan tetapi pendirian Adam pula berbeza. Adam inginkan satu hubungan yang lebih diredai iaitu selepas mereka disatukan.




Di hari pernikahan mereka, Adam tidak sangka gadis yang sudah beberapa kali ditemuinya itu ialah isternya, Adam sangat gembira kerana dia memang sudah jatuh hati pada Aireen. Walaupun Adam dan Aireen bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling lengkap melengkapi dan menjalani fasa baharu dengan penuh kasih sayang.




Ketika perkahwinan mereka menjengah tiga bulan, Aireen masih belum mengandung. Tok Wan mula campur tangan dan menyuruh Aireen membuat pemeriksaan kesuburan. Aireen didapati mempunyai masalah untuk hamil dan terpaksa menjalani rawatan kesuburan jika mahu hamil. Aireen kecewa tetapi Adam tetap tenang dan bersetuju agar Aireen melalui sesi rawatan seperti yang dinasihatkan oleh ibu mertuanya.




Tok Wan semakin membenci Aireen sebaik mengetahui perkara tersebut. Dia mendeasak Adam berkahwin lagi tetapi Adam tidak bersetuju. Aireen juga tegas menghalang. Sakit hati dengan penolakan Adam dan bantahan Aireen, Tok Wan semakin berang. Setelah dihasut oleh Liyana, Tok Wan mula mengunakan ilmu hitam untuk memisahkan Adam dan Aireen. Bahagaimanakah Adam dan Aireen mempertahankan mahligai cinta mereka?




Minggu ni minggu akhir dah, makin menarik pulak.  Korang kalau berkesempatan tengoklah. Buat marathon bila free. Serius akak kata...tak rugi !


You Might Also Like

5 comments

  1. macam best baca review kat sini. nak kena cari dan tengok kat tonton jgk la sebab waktu siaran pukul 7. hehehehe

    ReplyDelete
  2. betul..citer dia lain dari yang lain..tak cliche macam citer2 melayu yang lain..citer ni lain sbb ada tmbhn unsur mistik..tak dinafikan dalam realiti , ada segelintir org kita yang gunakan ilmu mistik untuk runtuhkan rumahtangga orang lain atas dasar dengki/iri hati...

    ReplyDelete
  3. lama dah ana tak rajin layan drama2 siri ni Azi, tak tahu kenapa malas je rasa dah hehe faktor usia agaknya ye :)

    ReplyDelete
  4. my family suka betul tengok ceritani! huhu

    http://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Best cerita ni, tak perlu tiru drama luar negara. Buat drama melayu cara kita je lagi best.

    ReplyDelete

Followers

Like us on Facebook