Dah lama teringin nak belajar berenang secara proper - attend kelas dan belajar teknik renang yang betul.  Tapi kan....selalu tak berkesempatan samada dari segi masa, lokasi dan kemudahan yang disediakan. Best kalau dapat tempat dan kemudahan seperti Akademi Swimrush ni.  Tapi jauhlah pulak dari lokasi akak ni. 

belajar berenang, kelas renang, aktiviti anak-anak


Akademi Swimrush Pilihan Untuk Yang Nak Belajar Berenang


Untuk korang yang berada di Lembah Kelang dan berminat nak belajar berenang mengikut kesesuaian masa korang, korang boleh intai-intai kat Akademi Swimrush ni.  Akademi ini ada 4 cawangan :

1. Batu Caves - Kompleks Renang Seri Siantan : kelas diadakan untuk kanak-kanak, wanita dan juga lelaki. Mudah boleh pergi sekeluarga.

2. Bangsar - Jalan Turi Bukit Bandaraya : Di sini ada disediakan private pool untuk kanak-kanak belajar berenang.

3. Shah Alam Seksyen 14 : kat sini ada private pool untuk golongan muslimah yang berminat nak belajar berenang.  

4. Cheras - Kompleks Sukan Desa Tasik : juga tersedia untuk kanak-kanak dan wanita.

So, korang bolehlah pilih lokasi yang dekat dengan korang.

belajar berenang, kelas renang, aktiviti anak-anak
Jadual kelas mengikut lokasi



6 Sebab Kenapa Pilih Akademi Swimrush


1. Sibuk Masa Hujung Minggu - biasanya hujung minggu kita suka nak spend dengan family kan?  Di sini, takde masalah, korang masih boleh beraktiviti dengan family dan join kelas di sebelah petang. Dah penat-penat, bolehlah ada `me time' . 

2. Start Young - mula belajar dari usia muda. Kanak-kanak seusia 5 tahun dah boleh join kelas di sini. Mesti anak-anak suka dengan aktiviti di kolam renang.

3. Belajar Pelbagai Teknik Asas - di Akademi Swimrush, selain daripada belajar teknik asas berenang, korang juga akan diajar untuk lebih konfiden bila berada dalam air dan skil untuk selamat diri juga berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini ketika berada di dalam air.

4. Akademi Swimrush ada 4 cawangan yang korang boleh pilih ikut kesesuaian lokasi dan masa korang.  Senarai lokasi, akak dah bagitau tadi.

5. Belajar Secara `PRIVATE" -  kalau nak kelas persendirian pun boleh. Korang bagitau lokasi, nanti pengajar Akademi Swimrush datang tanpa caj.  Bestnya !!!


6. TAK TAHU MACAM MANA NAK MENYELAM DALAM AIR?

Percuma belajar menyelam untuk kedalaman air  1.2-1.8meter.  Sesuai untuk korang yang bercita-cita nak belajar diving dan suka travel.


belajar berenang, kelas renang, aktiviti anak-anak


Selain itu, banyak lagi kelebihan yang ada di Akademi Swimrush :


✔ ONLY Lady Coach mengajar Kelas Wanita
✔EMPHASIS ON ANTI-DROWN - Jurulatih adalah bekas Penyelamat sehingga dapat menjalankan Teknik Survival Air dan meningkatkan Keyakinan Air
✔Mengajar Teknik Asas: Breaststroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly
✔ Unik: Memberi Eksklusif untuk Kelas Renang Lelaki - hanya di Cawangan Batu Caves
✔ Pengalaman mengajar pelajar yang fobia dengan air (water-phobic)
✔ Menyediakan CLASS REPLACEMENT
✔ PERCUMA Swimming Cap
✔ Beralih dari perenang ZERO ke HERO

belajar berenang, kelas renang, aktiviti anak-anak




Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

Laman web : https://swimrushacademy.com/
Facebook : https://www.facebook.com/swimrush/
Instagram : https://www.instagram.com/swim.rush/?hl=en








2 Comments

  1. Wah..bagus ni. Ada muslimah kat luar sana nak sangat belajar berenang tapi tempatnya terdedah sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye bagus ada kelas macam ni. Muslimah pun rasa selesa .

      Delete