Sebelum Syawal Berakhir

Monday, July 01, 2019

Sebelum Syawal Berakhir


Dah penghujung Syawal baru nak update kisah Syawal 2019 kami. Oleh kerana dah nak habis, akak compile dari awal dalam satu entry.

Tahun ni seperti yang lepas juga, raya kami sambut di kampung en hubby.  Bezanya kali ni, semua persiapan rendang, ketupat en hubby masak siap-siap di rumah kami.  Adik beradik yang lain ambil tugas lain mengemas rumah dan sebagainya. Al maklum rumah kampung tiada siapa yang tinggal, hanya tempat berkumpul bila cuti panjang dan perayaan.  Tak semua juga yang balik kampung, jadi mana yang ada sahaja.


hari raya aidilfitri 2019, kronologi aidilfitri, bergembira dengan keluarga


Meriah tak meriah bila ada ramai anak-anak kecil suasana riuh pasti ada.   Okaylah dapat juga memeriahkan rumah untuk seketika.  Macam biasa, ketupat palas, rendang ayam dan daging jadi hidangan.  Bab ketupat palas ni akak memang tak berapa cekap, tapi bolehlah untuk makan sendiri.

Raya kedua kami beraya di kampung akak pulak.  Lama dah tak balik kampung, memang bestlah dapat jejak kaki di tempat tumpah darah sendiri kan.  Alhamdulillah abah pun masih sihat lagi walaupun usia dah mencecah 80 tahun.  Boleh lagi sakat menyakat cucu-cucu yang datang.

Raya kali ni akak dapat jumpa semua adik beradik akak dan sebahagian anak-anak saudara dan cucu. Dari awal dah hebahkan waktu akak balik jadi abang kakak yang lain semua decide nak balik juga masa akak sampai.  Untung kan tinggal jauh ni, sesekali balik kampung semua akan cuba ikut jadual kita. Sayang korang semua !


hari raya aidilfitri 2019, kronologi aidilfitri, bergembira dengan keluarga


Hidangan paling best kat kampung - sate. Sate ni best tau...nanti akak buat entry tentang sate ni, kotlah korang nak cuba bila singgah di Melaka.

Hari raya tak best kalau tak meraikan dengan kawan-kawan kan. Group kawan-kawan yang juga ibu bapa anak-anak disekolah amira.  Ada yang dah hampir 7 tahun berkawan daripada Irfan masuk menengah lagi. Syukur sangat ukhwah masih kukuh antara kami.  Perjumpaan secara port luck, ada juga yang kami masak di rumah tuan rumah sendiri. Riuh masuk kampung orang !

hari raya aidilfitri 2019, kronologi aidilfitri, bergembira dengan keluarga


Last sekali, sambutan hari raya di tempat kerja.  Jenuh makan macam-macam hidangan yang disediakan.  Bila dah tak larat nak isi perut lagi, kita join posing sana sini.

hari raya aidilfitri 2019, kronologi aidilfitri, bergembira dengan keluarga


Setahun sekali rasa macam ni.  Moga ada lagi kesempatan begini di tahun mendatang !

You Might Also Like

6 comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah bila sesekali dapat berkumpul.

      Delete
  2. Meriahnya..selamaat hari raya Kak Azi hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak selalu dapat berkumpul macam ni.

      Delete
  3. Meriahnyaa beraya ramai-ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala dapat berkumpul dengan semua keluarga, memang meriah.

      Delete

Followers

Like us on Facebook