Rezeki Dapat Rebung Madu Baru Potong

Thursday, July 11, 2019

Suka makan rebung tak? Bila sebut rebung, mesti ramai yang kata - tak suka sebab berbau. Baunya pun aummmm la jugak ! Akak pun tak makan. Tapi kali ni rezeki kami dapat rebung segar yang baru dipotong.  En hubby kata namanya rebung madu. Sebelum ni kami ada tanam pokok buluhnya di rumah. Tapi lama-lama pokok buluh ni makin merimbun pulak, takut pulak sang `U' buat tempat berteduh, kami pun cabutlah. Yang ni kami dapat daripada kawan setaman.  Macam tau-tau saja kami tengah fikir nak masak apa.

masakan kampung, masak senang dan mudah, masakan sedap, selera kampung

Inilah rebung madu tu.  Rebung yang ni takde bau. Bila masak pun masih rapuh lagi.  Akak masak lemak cili padi dengan daging.  Sedap korang, bertambah-tambah makan. Masak lemak ni akak campurkan juga dengan belimbing buluh, rasa masam-masam pedas.


masakan kampung, masak senang dan mudah, masakan sedap, selera kampung


Kalau korang nak cuba, boleh tengok resepi nya kat Masak Lemak Cili Padi Rebung Dengan Daging

You Might Also Like

7 comments

  1. Sedapnya...minggu sudah baru makan sup tulang rusuk so tak leh dah makan daging..nanti hujung bulan baru boleh...

    ReplyDelete
  2. Ya allah sedap ni kak....
    Masa2 awal lepas pantang ritu.. Rasa sikit kuah rebung pon xboleh.. . Terus sentap urat. .. Alhamdulillah sekarang try makan dah ok. ..
    Balik kampung nnt nk cari rebung buluh hutan.. Sedap jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rebung hutan pun sedap. Akak tak suka rebung yang dah dijeruk je..berbau satu rumah.

      Delete
  3. Wah.. rebung madu.. saya makan kuahnya je.. rebungnya saya tak makan.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya rebung ni... Sekadar nak tanya, semua jenis pokok bulu, rebungnya boleh makan ker? Ke ada sesetengah rebung buluh jer yang boleh dimakan.. Rebung madu ni dari buluh lemang ka?
    Tutorial Memasang HTTPS Pada Blog Anda

    ReplyDelete

Followers

Like us on Facebook