Tengahari tadi akak berkesempatan untuk menghadiri kuliah ilmu tentang pegurusan harta pusaka mengikut syariat.  Buka mudah tapi sekiranya semua pihak terlibat ambil berat maka akan bantu mempermudahkan hal-hal pembahagian tersebut.

pembahagian harta pusaka, proses pembahagian harta,faraid
Contoh kiraan dan situasi yang dikongsikan tadi. Akak tengok pun pening !

Dalam pengurusan harta pusaka orang Islam, ramai yang tahu faraid adalah sangat penting tetapi ramai yang tidak berminat untuk mendalami ilmu faraid.  Akak sendiri tak berapa jelas dengan faraid ni kena belajar lebih lagi bukan sebab harta benda tapi untuk mempermudahkan urusan dan untuk mengelakkan salah faham. Kalau dibiarkan, urusan pembahagian akan jadi lebih rumit. Faraid bukan sahaja tentang hak, tetapi jugak tentang tanggungjawap kepada waris yang ditnggalkan.

Pengiraan Asas Pembahagian faraid


1. Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan anak lelaki dan anak perempuan, maka  
    bahagian anak lelaki adalah 2 kali bahagian anak perempuan

2. Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan dua atau lebih anak perempuan sahaja 
    (tiada anak lelaki), maka bahagian mereka adalah dua pertiga (2/3) daripada nilai 
    harta pusaka, yang mana perlu dibahagikan sama rata kepada semua anak perempuan 
    yang terlibat

3. Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan sahaja (tiada 
    anak lelaki), maka bahagiannya adalah satu perdua (1/2) atau separuh

4. Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta anak (tanpa mengira 
    bilangan dan jantina anak), maka bahagian untuk setiap seorang ibu dan bapa adalah 
    satu perenam (1/6); untuk ibu 1/6 dan untuk bapa 1/6 

5. Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa sahaja (tidak mempunyai anak), 
    maka bahagian ibu adalah satu pertiga (1/3) manakala bapa pula mendapat bahagian 
    dua pertiga (2/3)

6. Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta adir-beradik (tidak 
    mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu per enam (1/6) dan selebihnya 
    adalah bahagian adik-beradik lelaki

Pengalaman dalam family akak sendiri, memang tak mudah urusannya. Masing-masing yang terlibat kena saling membantu dan bekerjasama. Banyak lagi ilmu nak kena cari ni.  Kena juga berkongsi dengan anak-anak sebab semua orang akan melaluinya.

2 Comments

  1. luas ilmu faraid ni mama still tak boleh nak ingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bwtul sangat....kena ambil tahu juga, kena buat nota ringkaskan bagi mudah faham. Sampai sekarang ni pun saya masih tak boleh nak hadam semua....

      Delete