Kenduri Durian Penutup Syawal Tahun Ini

Thursday, July 04, 2019

Bila sebut durian, ramai yang teruja. Suka sangat ye makan durian. Tambah nikmat bila dapat isi durian yang kena dengan tekak. Korang suka makan durian tak?

Kenduri Durian Balik Pulau

Kalau di Penang ni, antara lokasi durian yang terkenal ialah Balik Pulau. Ada pelbagai jenis ada daripada musang king sampailah durian kampung biasa aje. Kalau lalu di kawasan kebun duriannya memang geram tengok buah durian yang banyak bergayutan di dahan pokok menunggu masa untuk jatuh ke tanah.

Semalam sebagai meraikan akhir syawal dan juga sebagai memenuhi permintaan bos kami yang akan bercuti panjang, ofis akak berkenduri durian Balik Pulau. Memang best ! Sampai tak tahu nak pilih makan yang mana...semua sedap!

Nampak tak banyak buahnya tapi makan sampai muak. Berlebih lagi. Ada pulak yang rajin bawa pulut dan santan....bertambah-tambah jadinya.

khasiat buah durian, kelebihan buah durian, buah durian terpilih


Mujur ada jejaka-jejaka ni yang boleh bantu buka buah durian ni.  Kami tinggal tunggu nak ngap saja.  Sedap punya pasal, tak perasan tangan ni dok ambil seulas demi seulas.

khasiat buah durian, kelebihan buah durian, buah durian terpilih

khasiat buah durian, kelebihan buah durian, buah durian terpilih

Dah macam mandur dah akak ni. Kena berada di barisan depan, baru puashati. Nampak yang menarik, akak tarik dulu, ambil seulas rasa lepas tu pas kat kawan-kawan di belakang..hehe


khasiat buah durian, kelebihan buah durian, buah durian terpilih

Meriah musim durian kali ni.  Lepas ni siapa pulak nak ajak akak makan durian lagi?...
Terima kasih pada teman-teman yang snap gambar, akak sibuk pilih durian, tak sempat nak snap gambar.



You Might Also Like

14 comments

  1. Alhamdulillah.. sedap nie kenduri durian macam nie.. makan sampai puas..

    ReplyDelete
  2. ohh jgn mendera perasaan ku.. dah craving durian dah ni

    ReplyDelete
  3. mak saya borong durian kampung di Tangkak Johor baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...jenuh tengok orang jual..ikutkan hati memang nak memborong sahaja.

      Delete
  4. Wahhhh durian.... Sedap ni

    ReplyDelete
  5. durian di mana-mana. kenapa ray x follow sini lagi ehhh??? aigooo

    sorry bru follow sobs #401

    ReplyDelete
  6. Durian balik pulau popular betul tahun ni. Kat tv selalu tunjuk kan 😋😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang antara yang popular. kalau ke sana memang puas tengok, rasa, beli dan duit melayang...hehhehe

      Delete
  7. Ya allah...sedapnya durian...blom makan lagi durian kali ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best ni SA tapi akak tak berani nak makan banyak....sekadarnya sahaja.

      Delete

Followers

Like us on Facebook